Isteri ADUN Batu Burok meninggal dunia

Astro Awani
Januari 26, 2018 21:41 MYT
Syed Azman dan Ahmad Razif bersama beberapa pemimpin sempat menziarahi jenazah di rumah ahli keluarganya di Kampung Losong, Kuala Terengganu malam tadi. - Astro AWANI
Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Prof. Dr. Che Noraini Hashim meninggal dunia selepas menziarahi ibu saudaranya di Kampung Bukit Losong, Kuala Terengganu pada Jumaat.
Isteri kepada Dr Syed Azman Syed Nawawi itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.45 petang.
Syed Azman berkata isterinya juga sempat mengimamkan solat zohor bersama adik beradik yang lain.
“Isteri saya yang meninggal dunia selepas solat zohor semalam dalam keadaan sihat. Allahyarhamah tidak mempunyai ada apa-apa penyakit dan sebagainya.
“Saya reda kerana.arwah pergi dalam suasana yang cukup mudah dan pada hari yang mulia,” katanya ketika ditemui di rumah ahli keluarganya di Kampung Losong di sini, malam tadi.
Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta pemimpin yang lain turut menziarahi keluarga mangsa.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Losong Panglima Perang kira-kira jam 9 pagi sabtu.
#ADUN #Batu Burok #Che Noraini Hashim #Kuala Terengganu #meninggal dunia #pensyarah UIA #Syed Azman Syed Nawawi #UIA