awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri calon PRU15 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2022
03:01 MYT
Isteri calon PRU15 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah meninggal dunia
Isteri Amiruddin, Siti Hamimah Ab Rahman meninggal dunia jam 12.15 tengah malam tadi.
ISTERI kepada calon Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah meninggal dunia tengah malam tadi.
Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memaklumkan isterinya Datin Siti Hamimah Ab Rahman disahkan meninggal dunia 12.15 tengah malam tadi.
Menerusi perkongsian di Twitter, Amiruddin memaklumkan jenazah disolatkan di Masjid Kariah Pantai, Seremban jam 10 pagi tadi.
Jenazah disemadikan di perkuburan Kg Baru Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.
Difahamkan isterinya meninggal dunia akibat kanser.
Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan. Isteri saya, Siti Hamimah bt Ab Rahman telah kembali kerahmatulLah jam 12:15am 6/11/22..
— Amiruddin Hamzah (@YbTokmet) November 5, 2022
Jenazahkan akan disembahyangkan di Masjid Kariah Pantai (Jalan Jelebu) jam 10pagi n akan disemadikan di perkuburan Kg Baru Pantai.
— Amiruddin Hamzah (@YbTokmet) November 5, 2022
Semalam, Amiruddin sah diangkat sebagai wakil Pejuang untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau berdepan saingan tiga calon lain iaitu Datuk Hasmuni Hassan daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Ku Abd. Rahman Ku Ismail dari Perikatan Nasional (PN), dan wakil Pakatan Harapan (PH), Aizuddin Ariffin.
Pada PRU14, Amiruddin memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 29,984 undi, mengatasi Datuk Seri Johari Baharum dari BN yang memperoleh 16,975 undi dan Norhafiz Fadzil dari Pas yang sekadar mendapat 13,375 undi.
Topic Berkaitan
#Pejuang
#meninggal dunia
#kanser
#Amiruddin Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan