[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Isteri calon PRU15 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah meninggal dunia

Astro Awani 06/11/2022 | 03:01 MYT
Isteri Amiruddin, Siti Hamimah Ab Rahman meninggal dunia jam 12.15 tengah malam tadi.
ISTERI kepada calon Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah meninggal dunia tengah malam tadi.
Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memaklumkan isterinya Datin Siti Hamimah Ab Rahman disahkan meninggal dunia 12.15 tengah malam tadi.
Menerusi perkongsian di Twitter, Amiruddin memaklumkan jenazah disolatkan di Masjid Kariah Pantai, Seremban jam 10 pagi tadi.
Jenazah disemadikan di perkuburan Kg Baru Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.
Difahamkan isterinya meninggal dunia akibat kanser.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semalam, Amiruddin sah diangkat sebagai wakil Pejuang untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau berdepan saingan tiga calon lain iaitu Datuk Hasmuni Hassan daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Ku Abd. Rahman Ku Ismail dari Perikatan Nasional (PN), dan wakil Pakatan Harapan (PH), Aizuddin Ariffin.
Pada PRU14, Amiruddin memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 29,984 undi, mengatasi Datuk Seri Johari Baharum dari BN yang memperoleh 16,975 undi dan Norhafiz Fadzil dari Pas yang sekadar mendapat 13,375 undi.
#Pejuang #meninggal dunia #kanser #Amiruddin Hamzah