awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri disiasat susulan penemuan mayat lelaki dikelar, ditikam di Majidee Johor

Bernama
Bernama
02/04/2021
20:28 MYT
Isteri disiasat susulan penemuan mayat lelaki dikelar, ditikam di Majidee Johor
Mayat seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di leher serta tikaman di rusuk kanan di hadapan sebuah rumah setinggan tidak bernombor di Kampung Desa Makmur, Majidee, pagi Jumaat. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di leher serta tikaman di rusuk kanan di hadapan sebuah rumah setinggan tidak bernombor di Kampung Desa Makmur, Majidee, di sini, pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata kejadian melibatkan mangsa berusia 20-an itu dimaklumkan kepada polis pada 8.25 pagi.
Menurutnya, pemeriksaan dijalankan turut menjumpai sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian.
Tambahnya, buat masa ini, polis telah menahan isteri mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 30-an bagi membantu siasatan.
"Soal siasat lanjut akan dijalankan bagi mengetahui punca dan motif kejadian serta saksi-saksi bebas akan turut dikesan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau turut berkata pihak hospital akan menjalankan bedah siasat esok untuk mengenal pasti punca kematian.
Sehingga laporan bedah siasat itu diperoleh, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian hotline 07-2182323.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isteri disiasat
#lelaki dikelar
#lelaki ditikam
#tikaman di rusuk kanan
#Kampung Desa Makmur
#Majidee
#Mohd Padzli Mohd Zain
#pisau pemotong kertas
#serpihan mata pisau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan