Isteri Iban: 'Ia hanya jenaka, PM tahu', kata Adenan

Bernama
Mac 15, 2016 06:39 MYT
ADENAN: Harap isu gurauan tersebut berakhir segera.
"Ia disebut dalam gurauan...suatu jenaka."
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menjelaskan cadangannya secara berseloroh supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencari seorang isteri daripada kaum Iban dalam ucapan semasa program 'Minda di Tebingan Sungai Kuching' Sabtu lepas.
Jika ada yang tersinggung dengan gurauannya itu, beliau meminta maaf.
"Saya ulangi...saya mengatakannya secara bergurau, suatu jenaka. Malah perdana menteri sendiri ketawa...beliau tahu ia bermaksud sebagai gurauan.
"Tapi jika ada orang yang tersalah anggap dan berasa tersinggung, saya mohon maaf...okay? Saya harap perkara ini berakhir di sini," katanya.
#Adenan Satem #gurauan Adenan #isteri Iban #Najib Razak #Perdana Menteri