Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia

Sinar Harian
Februari 5, 2024 10:53 MYT
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung .- Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Allahyarham Salwani Yusof, 43, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada jam 1.15 tengah hari.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian selepas solat Isyak.
Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#Khalid Samad #isteri kedua #meninggal dunia #Salwani Yusof #Amanah #komplikasi jantung