MALAYSIA
Isteri mangsa tembak pulang ke Thailand, tidak dapat teruskan idah di Kelantan kerana trauma
Detik ngeri menyelubungi seorang isteri apabila suaminya ditembak 18 das hingga rebah dalam pangkuannya dalam serangan kejam di rumah mereka di Sungai Golok. - Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Isteri Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali yang maut ditembak 18 das iaitu Wan Fatihah Mat Hussin, 35, tidak dapat meneruskan idahnya di sini kerana terbayangkan suami serta masih trauma dengan kejadian tersebut.
Wanita yang sedang mengandungkan anak sulung itu pulang ke Golok, Thailand pada malam tadi untuk berada di samping keluarganya.
Ibu mentua, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, emosi menantunya itu masih tidak stabil.
"Apabila berada di dalam bilik di rumah ini dia terbayangkan arwah. Jadi malam tadi dia minta balik ke Golok.
"Dia juga masih terbayang-bayang tentang kejadian yang berlaku di depan matanya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Sementara itu, pesara guru tersebut memberitahu dia dimaklumkan Polis Thailand telah berjaya menjejaki lokasi persembunyian kedua-dua suspek yang terlibat.
Ujarnya, sebagai ibu, dia mendoakan agar pembunuh anaknya itu dapat ditangkap dengan segera.
Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang rakyat Malaysia yang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.
Mangsa, Mohd Fuad Fahmie yang berasal dari Kampung Kepas Apam di sini meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak 18 das oleh dua suspek yang dikatakan sepupu kepada isterinya. - Sinar Harian