awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri maut dipercayai didera suami sendiri

Sinar Harian
Sinar Harian
12/04/2024
07:58 MYT
Isteri maut dipercayai didera suami sendiri
Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan pemeriksaan lanjut juga mendapati ada kesan lebam di muka serta seluruh badan. -Gambar hiasan
KULIM: Seorang wanita warga emas maut dipercayai didera suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah estet di Batu Putih, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, Balai Polis Sungai Kob menerima laporan tentang seorang wanita berusia 61 tahun yang meninggal dunia di Hospital Kulim kira-kira jam 7.50 malam.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dibawa ke Hospital Kulim dari rumahnya di Batu Putih kira-kira jam 9 malam, sehari sebelum itu.
“Mengikut laporan pihak hospital, mangsa dibawa ke hospital itu kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam bilik air.
“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan pemeriksaan lanjut juga mendapati ada kesan lebam di muka serta seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Jelasnya, hasil soal siasat polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga suami kepada mangsa untuk siasatan lanjut.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan lebam lama serta baharu yang dipercayai akibat keganasan rumah tangga.
"Suspek kini direman selama enam hari sehingga 15 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#estet di Batu Putih
#warga emas maut
#didera suami
#Balai Polis Sungai Kob
#Hospital Kulim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan