TULAR dalam media sosial baru-baru ini satu kejadian melibatkan seorang lelaki yang meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang bersarapan di sebuah restoran.
Menerusi gambar yang turut tersebar dalam aplikasi mesej WhatsApp itu, lelaki berkenaan didakwa baru sahaja mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.
Berita tidak benar itu terus tersebar dan isterinya tampil memberi kenyataan dan meminta orang ramai supaya menghentikan menyebarkan berita palsu yang kononnya pengambilan dos penggalak menjadi punca atau penyebab kematian suaminya.
Ini sebagaimana memetik berita Harian Metro yang melaporkan Rabunah Abdu Rashid, 49, isteri Hamsan Hashim, 54, yang memberi kenyataan jelas terhadap hal tersebut.
5 Tahun Sakit Jantung
“Suami saya memang ada penyakit jantung dan darah tinggi. Kematian dia bukanlah disebabkan dos penggalak seperti dakwaan tular itu,” kata Rabunah.
Hamsan yang juga pekerja kilang di Shah Alam meninggal dunia ketika menikmati sarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa.
Tular di media sosial mendakwa kematian Hamsan disebabkan serangan jantung dan baru sahaja selepas mengambil dos penggalak.
Rabunah berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan itu selepas dihubungi pegawai penyiasat kes berkenaan kira-kira jam 4 petang.
“Sebelum kejadian, suami memaklumkan dia mahu bersarapan dengan rakannya di restoran berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah kami sebelum pergi ke tempat kerja.
“Kira-kira jam 7.15 pagi, saya menerima panggilan daripada seseorang yang memaklumkan suami saya pengsan di restoran terbabit sebelum saya bergegas ke sana.
“Sebaik tiba, saya melihat suami sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, pada Rabu.
Tiada Sebarang Simptom
Dia yang juga suri rumah berkata, suaminya menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan menjalani pemeriksaan perubatan setiap bulan di Hospital Selayang.
“Suami saya memang baru sahaja mengambil dos penggalak pada 12 Januari lalu, namun dia tidak mengeluh atau menunjukkan mengalami sebarang simptom serius kecuali lenguh pada bahagian tangan.
“Apabila saya dimaklumkan oleh pihak polis mengenai dakwaan itu, saya amat terkejut kerana saya tidak pernah menyatakan dalam laporan kematian suami ada kaitan dengan dos penggalak,” katanya.
Dia meminta orang ramai supaya menghentikan menyebarkan berita palsu berkenaan kerana pengambilan dos penggalak bukan penyebab kematian suaminya.
“Saya minta mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini supaya berhenti berbuat demikian. Saya dan keluarga termasuk tiga anak berusia antara 13 hingga 20 tahun reda dengan pemergian suami,” katanya.
Menurutnya, jenazah Hamsan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung kira-kira 3 petang Rabu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7 pagi.
“Pemeriksaan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Serendah mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia.
“Isteri lelaki terbabit juga mengesahkan dia menghidap penyakit jantung serta darah tinggi sejak lima tahun lalu dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan semalam.
Arsad berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat.
“Hasil ujian saringan dilakukan mendapati lelaki itu negatif COVID-19 dan pihak doktor mengesahkan punca kematian disebabkan sakit jantung kronik (coronary artery disease).
“Siasatan awal pihak polis juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian lelaki berkenaan yang tular di media sosial.
* Artikel asal disiarkan di Keluarga.
Keluarga
Thu Jan 20 2022

Foto tular yang menunjukkan mangsa rebah di meja makan sebuah restoran. - Foto Keluarga

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

WHO beri ingatan, COVID-19 belum berakhir
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi ingatan bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.

Tidak pernah dijangkti COVID-19... Ada penjelasan sains atau sekadar bernasib baik?
Apabila dijangkiti, terdapat perbezaan tindak balas imun individu terhadap SARS-CoV-2 yang memainkan peranan dalam menentukan tahap gejala.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.

COVID-19: Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi
Sebanyak 1,671,828 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tempoh sektor pelancongan pulih bergantung pembukaan sempadan luar
Tempoh sektor pelancongan negara untuk kembali pulih seperti sebelum pandemik COVID-19 bergantung kepada pembukaan sempadan negara luar.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

1,099,250 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19 setakat semalam
Sebanyak 1,665,098 kanak-kanak atau 46.9 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19 di China: Shanghai catat kes baharu selepas lima hari sifar kes
Ia sekali gus mencetuskan kemungkinan akan berlaku sekatan dan ujian saringan besar-besaran di satu-satu daerah.

Ayah meninggal dunia pada hari akhir peperiksaan, pelajar USM ini fokus peroleh kecemerlangan
"Ia adalah kehendak ayah yang mahu anak-anaknya berjaya walaupun dia sudah tiada di sisi kami."