[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Isteri Nik Zawawi meninggal dunia akibat kanser

Astro Awani 15/03/2022 | 07:35 MYT
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh ahli parlimen Pasir Puteh itu menerusi akaun Facebooknya pada Selasa. - Gambar FB Nik Zawawi Salleh.
KUALA LUMPUR: Isteri kepada Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.05 tengah hari tadi.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh ahli parlimen Pasir Puteh itu menerusi akaun Facebooknya pada Selasa.
"Al Fatihah. Isteri saya Wan Sofiza Eliana bin Wan Yusof baru menghembus nafas terakhir jam 1.05 petang," tulis beliau.
Nik Muhammad Zawawi juga memaklumkan jenazah isterinya, Wan Sofiza Eliana Wan Yusof akan dibawa pulang Pulau Gajah Kelantan petang ini dan akan disolatkan jam 10 pagi esok.
Pada Isnin, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas itu memohon untuk didoakan isterinya yang sedang berjuang melawan kanser.
#Nik Muhammad Zawai Salleh #PAS #Setiausaha Majlis Syura PAS #isteri meninggal dunia