awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri pendakwah terkenal Farid Ravi meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2023
14:49 MYT
Isteri pendakwah terkenal Farid Ravi meninggal dunia
Isteri Datuk Mohd Farid Ravi Abdullah, Datin Suziana Mohd Soyong (kanan) dilaporkan meninggal dunia jam 5.40 petang Isnin di Hospital Serdang. - Gambar SINAR HARIAN
SHAH ALAM: Isteri kepada pendakwah terkenal, Profesor Madya Datuk Mohd Farid Ravi Abdullah iaitu Datin Suziana Mohd Soyong dilaporkan meninggal dunia pada petang Isnin.
Mohd Farid dalam satu perkongsian di Facebook memaklumkan, isterinya menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.40 petang di Hospital Serdang.
“Dukacita dimaklumkan bahawa isteri saya telah kembali kepada penciptanya pada 27 Februari, jam 5.40 petang di Hospital Serdang.
“Perginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta agar orang ramai mendoakan kebaikan dan keampunan buat isterinya.
Jelas Mohd Farid, solat jenazah akan diadakan selepas solat Isyak di Masjid Seri Bandar Seri Putra Bangi.
“Kepada semua yang mengenali isteri, saya mohon doakan kebaikan dan keampunan untuk Almarhumah. Juga mohon dimaafkan salah dan silap. Sekiranya ada berhutang, mohon dihalalkan atau tuntutlah hutang Almarhumah daripada saya.
“Doa saudara dan saudari saya dahului dengan ucapan jazakumullah khairan kathira,” ujarnya.
Dalam pada itu, rakannya yang juga pendakwah dan pensyarah kanan, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, turut mengucapkan takziah di atas pemergian isteri sahabat baiknya itu.
“Isteri kepada sahabat dunia akhirat saya, Profesor Madya Datuk Dr Farid Ravi telah kembali ke rahmatullah.
“Doakan supaya roh Almarhumah ditempatkan bersama orang orang beriman. Semoga Ustaz Farid tabah menghadapi dugaan berat ini,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Farid Ravi
#isteri Farid Ravi
#meninggal dunia
#Suziana Mohd Soyong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan