MALAYSIA
Isteri Pengarah Maju Holdings didakwa terlibat pengubahan wang haram RM67.1 juta
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 November. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Isteri kepada Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM67.1 juta.
Ringkasan AI
Puan Sri Noor Azrina Mohd Azmi, 48, didakwa menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM67,136,588.43 ke dalam akaun bank miliknya, yang diperoleh daripada akaun bank suaminya. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Bukit Tunku antara 6 Mac hingga 27 November 2017.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah wang terbabit atau RM5 juta, mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun mencadangkan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin, sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara. Beliau turut memohon syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Noor Azrina tidak membantah cadangan tersebut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad, kemudian membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 3 November depan.
Ringkasan AI
- Puan Sri Noor Azrina Mohd Azmi, isteri kepada Tan Sri Abu Sahid Mohamed, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM67.1 juta.
- Beliau didakwa menerima wang daripada akaun suaminya ke dalam akaun sendiri antara Mac hingga November 2017, dan berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda besar jika sabit kesalahan.
- Mahkamah membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 November, serta mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah.