awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri PM Laos luang masa naik Cruise Tasik Putrajaya

Bernama
Bernama
25/05/2025
04:50 MYT
Isteri PM Laos luang masa naik Cruise Tasik Putrajaya
Dr Wan Azizah dan Vandara bergambar dengan latarbelakang Masjid Putra ketika meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri Laos Vandara Siphadone hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik dan menikmati keindahan landskapnya.
Ketibaan beliau pada 10.30 pagi disambut oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Vandara meluangkan masa kira-kira 45 minit beramah mesra dengan Dr Wan Azizah sambil melihat bangunan ikonik di sekitar pusat pentadbiran negara.
Isteri Perdana Menteri Laos itu turut mengambil kesempatan melihat ukiran kayu untuk hiasan dinding bermotifkan bunga raya yang dihasilkan pereka ukiran kayu daripada Kraftangan Malaysia.
Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone dan Vandara tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Kuala Lumpur.
Pesawat khas yang membawa Siphandone, Vandara serta delegasi Laos tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.05 pagi dan ketibaan mereka disambut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Menurut Wisma Putra, ini merupakan lawatan pertama Siphandone ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Laos pada Disember 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cruise tasik putrajaya
#isteri PM Laos
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami