IPOH: Seorang isteri pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.
Tertuduh, Datuk Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 41, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada Januari 2021.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kecurian dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda iaitu seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) nombor siri 0890R359 dan seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN) nombor siri A9R56702.
Dianggarkan harga bagi Rolex Sky Dweller bernilai RM207,000 manakala Rolex GMT Master-II 9 pula RM198,000.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Bagaimanapun, Ei Leen mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala tertuduh diwakili peguam Gurbachan Singh.
Terdahulu, Noor Nabilah mencadangkan wang jaminan sebanyak RM7,000 bagaimanapun Gurbachan memohon jumlah jaminan minimum diberikan atas alasan anak guamnya merupakan suri rumah dan menjaga dua anak yang masih bersekolah.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan diberikan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan 22 November depan ditetapkan untuk sebutan semula kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 12 2023
Datuk Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 41, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada Januari 2021. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
TUDM dijangka bincang perolehan pesawat Hornet pada Jun depan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mengadakan lawatan ke Kuwait pada Jun depan bagi berunding mengenai perolehan pesawat tempur F/A-18D (Hornet).
Permohonan lesen membela kucing diwajibkan
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan membenarkan penghuni flet miliknya untuk memohon lesen untuk memelihara kucing, berkuat kuasa September.
PRK KKB: PN seolah sedar awal mereka akan tewas di KKB - Amirudin
Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah mengaku kalah apabila membangkitkan soal petisyen tiga hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.
Isteri polis bergelar Datuk didakwa curi jam Rolex suami bernilai lebih RM400,000
Seorang isteri pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.
Kelar isteri polis, empat remaja ditahan
Suspek disyaki menerkam mangsa lalu mengelar bahagian lehernya menggunakan pisau yang dipercayai diperoleh dari rumah mangsa sendiri.