Isteri Raffi Ahmad, Nagita Slavina menjadi sorotan netizen apabila menetapkan peraturan terbaru untuk seluruh pekerja yang berkhidmat dengannya sama ada di rumah atau di pejabat.
Nagita mewajibkan semua pekerjanyaa memakai ubat ketiak demi kenyamanan semua pihak. Peraturan terbaru ini dikeluarkan berikutan cuaca panas melampau yang bukan saja sedang melanda Indonesia tetapi dunia secara umumnya.
Ibu dua anak itu malah memberi arahan tersebut sebagai peraturan terbaru dalam kediamannya di akaun Instagram @raffinagita1717.
"Diberitahukan kepada seluruh pekerja di lingkungan pejabat @rans.entertainment agar menjaga diri sendiri selama musim panas.
"Nagita Slavina akan memberikan panduan lengkap untuk pekerja di rumah dan di pejabat, biar kerjanya enjoy ya guys ya.
“Di luar panas, jadi gunakan deodoran atau pewangi atau apa sajalah agar teman-teman kerja yang lain tidak ‘kelemasan’ kerana bau badan," tulisnya.
Dengan poster yang tertera peringatan ‘Caution, bau ketiak lebih kejam dari majikanmu’ Nagita juga mengingatkan agar para pekerjanya memakai pakaian tipis atau sesuai dengan keadaan cuaca sekarang.
"Kenakan pakaian yang nyaman, selesa dan pastinya harus tetap sopan. Jangan pakai pakaian tebal atau seperti mahu jadi astronot, cuaca di luar terlalu panas,” pesannya lagi. - Gempak
Gempak
Thu May 25 2023

Ibu dua anak itu malah memberi arahan tersebut sebagai peraturan terbaru dalam kediamannya di akaun Instagram @raffinagita1717. - Gambar Gempak

Xpats Gateway: Permohonan permit kerja ekspatriat dipendekkan dari 80 ke 5 hari - Rafizi
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway, akan memendekkan proses permohonan permit kerja daripada lebih 80 hari kepada lima hari bekerja sahaja.

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Malaysia kerugian RM4.5 trilion akibat rasuah & ketirisan, masa untuk TRAC!
Melalui TRAC, mereka yang secara sukarela mengembalikan wang, vila percutian, aset bergerak dan/atau tak bergerak, dan lain-lain boleh diberikan pengampunan daripada pendakwaan dengan beberapa sekatan

Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Bayaran Insentif Wilayah ganti BISS, BISM untuk anggota tentera bermula 1 Julai - Anwar
Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada anggota ATM.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion pada akhir April 2023 - BNM
Butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Peguam Negara tolak representasi kedua pemilik Crackhouse Comedy Club gugur 3 pertuduhan - Peguam
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel.

Tindakan MP Pendang bandingkan saya dengan Tun M tidak masuk akal - Anwar
Tindakan tersebut didorongi oleh niat jahat yang jelas dan nyata serta semua rujukan kepada Dr Mahathir tidak sepatutnya dibuat oleh defendan (Awang Solahuddin).

Kaji selidik: 'Kami tengah buat kerja' - Rafizi
Kaji selidik yang dijalankan Endeavour-MGC menunjukkan rakyat sebenarnya lebih berpuas hati dengan pentadbiran sekarang dalam menguruskan ekonomi.

Hutan Simpan Kuala Langat terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran hutan tersebut masih dalam siasatan.

Cuaca panas beri 'bonus' kepada pengusaha ikan bilis
Cuaca panas beri 'bonus' kepada pengusaha ikan bilis di Kijal, Kemaman untuk menggandakan pengeluaran produk.

KPKM umum peruntukan tambahan RM400,000 untuk bina pam air, telaga tiub
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM400,000 untuk membina pam dan telaga tiub bagi mengatasi masalah air ketika musim kemarau.

Fenomena El-Nino antara faktor kekurangan benih ikan patin
Keadaan cuaca yang tidak menentu akibat Fenomena El-Nino ketika ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan benih ikan patin, kata Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain.

Permintaan durian berkurangan akibat cuaca panas berpanjangan - Pekebun
Cuaca panas berpanjangan menyebabkan permintaan terhadap durian semakin berkurangan dan menjejaskan hasil pengeluaran raja buah itu.

Isteri Raffi Ahmad wajibkan pekerja pakai ubat ketiak demi kenyamanan bersama
Isteri Raffi Ahmad, Nagita Slavina menjadi sorotan netizen apabila menetapkan peraturan terbaru untuk seluruh pekerja yang berkhidmat dengannya sama ada di rumah atau di pejabat.

Lima kawasan catat cuaca panas tahap satu - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu di Sarawak.

Cuaca panas ancam penghasilan induk penyu jantan
Ia kerana suhu semasa akan mempengaruhi penghasilan jantina anak penyu.

Jemaah haji diminta waspada cuaca panas, elak strok haba - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan bakal jemaah haji supaya berwaspada dengan cuaca panas di Arab Saudi.

Orang Asli pilih pondok buluh, tidak tahan cuaca panas
Cuaca panas melampau menyebabkan sebahagian besar penduduk Orang asli di Kelantan, membina pondok buluh, sebagai tempat tinggal sementara.