awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri sahkan Isa Samad ke IJN jalani pemeriksaan rutin

Bernama
Bernama
14/11/2018
03:29 MYT
Isteri sahkan Isa Samad ke IJN jalani pemeriksaan rutin
Mohd Isa sebelum ini dilaporkan bakal dihadapkan ke mahkamah berhubung kes pembelian sebuah hotel oleh Felda. - Gambar fail
Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara kelmarin kerana menjalani pemeriksaan rutin setiap lima tahun.
Isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang mengesahkan perkara itu, berkata Mohd Isa, 69, masih berada di IJN dan keadaannya baik.
Pada masa sama Bibi Sharliza menjelaskan gambar menampilkan suaminya sedang dirawat di IJN yang ditularkan adalah gambar lama.
"Itu gambar lama... saya pun tidak tahu macam mana boleh tular pula gambar itu. Suami saya hanya jalani pemeriksaan rutin dan sama-samalah kita doakan kesihatannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak terbabit yang menularkan gambar tersebut.
Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini dilaporkan oleh sebuah portal berita bakal dihadapkan ke mahkamah berhubung kes pembelian sebuah hotel oleh Felda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bibi Sharliza Mohd Khalid
#Felda
#Gambar
#hotel
#IJN
#Institut Jantung Negara
#mahkamah
#Mohd Isa Abdul Samad
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan