MALAYSIA
Istiadat persandingan Raja Muda Selangor diserikan adat dan warisan Melayu
Pasangan pengantin diraja Raja Muda Selangor (dua, kiri) bersama isterinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadiini Abdul Aziz (dua, kanan) ketika berangkat ke Istiadat Persandingan Diraja di Balairung Istana Alam Shah Klang hari ini. - Gambar Bernama
KLANG: Istiadat persandingan diraja antara Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz, berlangsung dalam suasana penuh adat, tradisi dan keindahan budaya Melayu di balairung seri, Istana Alam Shah, malam Rabu.
Keberangkatan pasangan pengantin diraja ke balairung seri sekitar jam 7.45 malam disambut dengan penuh tertib dan adat, sebelum kedua-duanya bersemayam di singgahsana istana dalam suasana penuh simbolik dan keagungan diraja.
Istiadat penuh adat Melayu itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, bersama kerabat diraja negeri.
Majlis dimulakan dengan istiadat merenjis yang disempurnakan sendiri oleh baginda Sultan dan Tengku Permaisuri, diiringi ahli-ahli kerabat diraja sebagai lambang restu dan keberkatan kepada pasangan pengantin.
Turut menyempurnakan adat merenjis ialah Puan Nur Lisa Idris, Tengku Zerafina Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama suami Datuk Colin Salem Parbury, serta Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama suami Datuk Aubry Rahim Mennesson.
Upacara turut disertai oleh Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Panglima Raja Selangor bersama Tengku Puan Panglima Raja Selangor, serta ibu bapa Pengantin Peremuan Diraja iaitu Datuk Abdul Aziz Mat dan Datin Rosmawati Ismail.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, serta barisan EXCO Kerajaan Negeri.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Selangor, Datuk Anhar Opir diapit oleh Imam Besar Masjid Negeri, Datuk Muhammad Farhan Wijaya dan Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful untuk memohon keberkatan dan kesejahteraan buat pasangan diraja.
Selesai istiadat persandingan, tetamu kehormat diraikan dalam Majlis Santapan Diraja di Balai Santapan Diraja, yang dikendalikan dengan penuh istiadat oleh 200 anggota Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Sebagai tanda kasih kepada rakyat, Majlis Santunan Kasih Pengantin Diraja bersama rakyat akan diadakan pada 7 November ini di Dataran Shah Alam, bermula 8 malam hingga 11 malam, memberi peluang rakyat jelata meraikan pasangan diraja Selangor.
Untuk rekod, pasangan diraja ini melangsungkan akad nikah pada 2 Oktober lalu di Masjid Istana Alam Shah, disertai perarakan sejauh 650 meter dari galeri diraja ke istana dengan dentuman 11 das tembakan meriam sebagai tanda hormat.
Istiadat persandingan malam ini bukan sahaja menzahirkan kasih dan penyatuan dua insan diraja, tetapi turut menggambarkan kelestarian adat, warisan dan tradisi istana Melayu yang terus dipelihara di bumi Selangor Darul Ehsan.