MALAYSIA
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana: Pelancong, rakyat tempatan zahir rasa teruja dan terpesona
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara siri 2/25 hari ini melibatkan sembilan pegawai dan 164 anggota pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ratusan pengunjung hadir di Istana Negara, ibu negara hari ini bagi menyaksikan Istiadat Pertukaran Pengawal Diraja yang bukan sahaja sarat dengan tradisi, malah mencerminkan semangat patriotisme dan taat setia kepada Raja dan negara.
Ringkasan AI
Seorang pelancong dari Guangzhou, China, Tang Jiu Yan berkata, dia kagum melihat sendiri keunikan upacara yang jarang ditemui di negara lain.
“Saya dari China sangat gembira dapat menyaksikan istiadat ini. Ini bukan kali pertama saya datang ke Malaysia, saya seorang ketua rombongan pelancong dan pernah datang ke Kuala Lumpur banyak kali namun istiadat ini, baru pertama kali," katanya sambil menyifatkan pengalaman itu sebagai peluang mempelajari budaya Malaysia.
Bagi warga tempatan, Nur Maizatul Akma Rosmali pula, pengalaman menyaksikan istiadat bersama rakan baiknya Amirah Liyana Mohd Rosli menjadi lebih bermakna apabila mereka memilih untuk mengenakan pakaian tradisional.
“Sebab nak datang ke istana, kita orang pakat pakai baju kurung dan kebaya, nampak sopan. Nak tunjuk dekat pengunjung tradisi baju kita,” katanya bersemangat.
Dalam masa sama, Shahfira Nooral Saari, juga seorang pengunjung tempatan, berkata dia sanggup bangun awal pagi untuk menyaksikan istiadat yang disifatkan penuh simbolik.
“Memang seronok, sanggup bangun awal pagi, teruja nak tengok pertukaran Pengawal Diraja. Keluarga saya sendiri pun ada yang pernah kerja di istana, tapi pertama kali datang tengok istiadat macam ni, memang teruja,” katanya.
Istiadat Pertukaran Pengawal Diraja yang bermula sejak 1959 terus menjadi tarikan pelancong dan simbol warisan negara, dengan pelaksanaannya kini diadakan di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, ibu negara.
Ringkasan AI
- Ratusan pengunjung hadir di Istana Negara bagi menyaksikan Istiadat Pertukaran Pengawal Diraja yang mencerminkan semangat patriotisme.
- Pengunjung dari China, Tang Jiu Yan, kagum dengan keunikan upacara tersebut dan menganggapnya sebagai peluang mempelajari budaya Malaysia.
- Pengunjung tempatan seperti Nur Maizatul Akma Rosmali dan Shahfira Nooral Saari turut terharu menyaksikan istiadat yang penuh simbolik, dengan Shahfira sanggup bangun awal pagi untuk hadir.