JOHOR BAHRU: Polis membuka dua lagi kertas siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tindakannya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur 3R iaitu agama, bangsa dan diraja ketika berkempen di Johor.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bekas perdana menteri itu akan dipanggil pada Selasa ini, untuk diambil keterangan.
Katanya, siasatan dibuat selepas Presiden Bersatu itu didakwa menjatuhkan hukum haram untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.
Ahli Parlimen Pagoh itu turut disiasat selepas beliau mendakwa kerajaan hari ini seolah-olah tidak faham masalah orang Melayu.
"Jangan pula bila kita buka kertas siasatan, ditangkap dan dituduh dijatuhkan hukum barulah timbul rasa kesedaran ataupun simpati, macam yang tak ada pekerjaan ditangkap.
"Fikir sebelum kita keluarkan kenyataan benda ini kita dah banyak kali cakap banyak isu lain yang boleh digunakan untuk berkempen pilihan raya dan sebagainya tetapi jangan sentuh isu 3R," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pusat mengundi di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada Sabtu.
Tambah Ayob, buat masa ini, belum ada kertas siasatan baharu dibuka melibatkan pemimpin parti politik berhubung kesalahan isu 3R.
Terdahulu pada Sabtu malam, ketika berucap semasa ceramah perdana di Taman Kempas, Johor Bahru, Muhyiddin mendakwa parti Melayu telah hilang kuasa, selain kerajaan hari ini didakwa seumpama tidak mendalami masalah orang Melayu.
Manakala minggu lalu, Muhyiddin didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa ‘haram memberikan undi kepada Suhaizan’ ketika berucap dalam ceramah perdana di Dataran Utama Kempas, Johor Bahru.
Muhammad Aiman Hakeem
Sat Sep 09 2023
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (dua, kiri) meninjau proses mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, hari ini. - Foto Bernama
Elly maut akibat ditetak dan ditikam
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40 tahun, disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam selepas terbabit dalam pergaduhan.
Proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Proses penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota pada Sabtu ini diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
[TERKINI] Sijil halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN
Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada Khamis untuk tindakan lanjut.
Mata wang kripto Indonesia Indodax digodam, rugi AS$20 juta
Agensi Pengawalseliaan Perdagangan Komoditi Berjangka (Bappebti) menasihatkan para pelabur untuk kekal tenang dan tidak panik.
Op Global: Dua sekolah dikaitkan dengan GISBH berdaftar dengan JAIS
Kedua-dua sekolah berkenaan masing-masing akan tamat pendaftaran pada 31 Disember 2024 dan 31 Disember 2025.
Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63
Bagi mendapatkan laporan lanjut perkembangan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di talian ketika ini wakil Astro Awani Sabah Abdul Hafiz Mustadi.
Pensijilan halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN
Kertas siasatan membabitkan Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.
PM pengerusi mesyuarat MTPMA63 di Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan masyuarat Majlis Tndakan Pelaksanaan Perjanjian malaysia 1963 (MA63) di SICC, Kota Kinabalu.
Kes rumah amal GISBH: Polis dalam proses temu bual 402 kanak-kanak
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses itu berkemungkinan mengambil masa kira-kira 14 hari untuk diselesaikan.
Hina Sultan Kedah, lelaki dipenjara sebulan, denda
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM4,000 selepas mengaku bersalah membuat hantaran berupa hasutan terhadap institusi diraja.
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
Keputusan semakan Muhyiddin lepas bebas hari ini
Panel lima hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi dijangka memutuskan perkara terbabit pada jam 9 pagi.
MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin
Memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang berkemungkinan besar diputuskan Isnin ini.
Isu 1BestariNet: 'Wallahi, saya tidak ambil satu sen pun' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.
Jana Wibawa: 27 Sept sebutan semula kes salah guna kedudukan Muhyiddin
Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Sept ini bagi sebutan semula kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta projek Jana Wibawa.
Akta Hasutan: Usah jadikan isu Muhyiddin sebagai sentimen politik - Anwar
Kes pendakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan, tidak seharusnya dijadikan sentimen politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kes Muhyiddin: Laporan polis dibuat Istana Pahang, Kerajaan tidak masuk campur - Fahmi
Pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan di mahkamah baru-baru ini bukan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pihak kerajaan sebaliknya.
Siasatan, pendakwaan di bawah Akta Hasutan bebas campur tangan kerajaan - Fahmi
Semua siasatan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan yang sedang berjalan dilaksanakan secara bebas oleh polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC) tanpa tekanan atau penglibatan dari kerajaan.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.