awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu air bukan tanggungjawab satu negeri sahaja - Aktivis

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2020
04:00 MYT
Isu air bukan tanggungjawab satu negeri sahaja - Aktivis
Amlir menegaskan, ia melibatkan pemantauan dan penguatkuasaan setiap negeri terbabit lebih-lebih lagi jika melibatkan kawasan yang besar. - Foto Facebook
KUALA LUMPUR:Isu air yang berlaku terutama di kawasan sempadan dua negeri harus ditangani oleh kedua-dua negeri yang terlibat.
Aktivis dan Timbalan Presiden Eco-Knights, Amlir Ayat menegaskan, ia melibatkan pemantauan dan penguatkuasaan setiap negeri terbabit lebih-lebih lagi jika melibatkan kawasan yang besar.
"Sejauh mana kita boleh pantau industri yang berpotensi dalam mencemar sungai, bukan sahaja kawasan sungai tetapi kawasan tadahan yang membekalkan air kepada rakyat dan loji.
"Penguatkuasaan juga isu besar kerana ia melibatan kawasan besar dan mungkin ada masalah pemantauan dalam satu kawasan besar.
"Isu yang berlaku baru-baru ini ialah ia berlaku di luar kawasan Selangor, di Negeri Sembilan, ia membabitkan kerajasama di antara kedua negeri," katanya semasa dihubungi menerusi Skype pada Isnin.
Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan pihaknya mendapat laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai dikesan di Sungai Semenyih dan Sungai Langat.
BACA: Aktiviti pembersihan reban angsa disyaki punca pencemaran sungai Negeri Sembilan
Menerusi ciapan di laman Twitter, LUAS memaklumkan bau itu dikesan kira-kira jam 4.30 petang pada Ahad.
Dalam pada itu katanya, kesan pencemaran air adalah sangat besar kepada generasi akan datang.
Tegasnya, risiko itu sudah dirasai terutama di beberapa negara perindustrian di dunia.
Amlir turut mengingati semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu air kerana ia melibatkan hak rakyat selain sumber paling penting untuk manusia.
Topic Berkaitan
#Twitter
#Semenyih
#air
#rakyat
#LUAS
#pencemaran
#aktivis
#pencemaran sungai semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan