awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu air Kelantan: 'Beri potongan bil 50 peratus kepada rakyat' - ADUN Galas

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
29/03/2022
09:18 MYT
Isu air Kelantan: 'Beri potongan bil 50 peratus kepada rakyat' - ADUN Galas
Mohd Syahbuddin berkata potongan bil itu adil dengan perkhidmatan yang diterima pengguna. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan digesa membuat potongan lima puluh peratus bil air rakyat negeri itu yang kerap berhadapan masalah bekalan air bersih.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata potongan bil Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) itu adil dengan perkhidmatan yang diterima pengguna.
Katanya, isu gangguan bekalan air di negeri itu sudah berlarutan sejak sekian lama termasuk di Gua Musang yang sehingga kini tiada jalan penyelesaian yang berkesan.
"Sebagai tanda keadilan 'Negeri Berkebajikan' maka saya cadangkan kerajaan negeri memberikan diskaun 50 peratus kepada pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air untuk seluruh Kelantan," katanya.
Mohd Syahbuddin mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan negeri ketika membahaskan Titah Ucapan Sultan Kelantan pada Persidangan DUN Kelantan, hari ini.
Beliau berkata, rakyat Kelantan menerima bil setiap bulan namun kerap menghadapi gangguan bekalan.
Justeru katanya, diskaun yang dicadangkan itu bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap perkhidmatan air yang dibekalkan.
Topic Berkaitan
#isu air kelantan
#AKSB
#potongan bil
#50 peratus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan