JERLUN:Kerajaan negeri Kedah tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun berkata pihaknya masih mahu menyelesaikan perkara itu secara rundingan.
"Sekarang kita runding dahulu di antara kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang, lagipun kita sama-sama dalam Malaysia.
"Tetapi, sekiranya (temui) jalan buntu lagi, isu ini boleh dibawa ke mahkamah dan itu merupakan jalan terakhir yang akan diambil oleh kerajaan negeri," katanya yang ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks PAS Jerlun di sini, hari ini.
Beliau ditanya sama ada kerajaan negeri akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya Pulau Pinang tetap enggan membayar caj air yang dituntut kerajaan negeri Kedah.
Semalam, Muhammad Sanusi memberi bayangan akan meminta campur tangan kerajaan persekutuan jika Pulau Pinang tetap enggan menerima pelawaan kerajaan negeri Kedah untuk berunding.
Kedah sebelum ini menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan bayaran sumber air mentah dari Sungai Muda sebanyak RM50 juta setahun sejak 2010 namun tiada sebarang tindakan dibuat oleh pihak berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 25 2020

Muhammad Sanusi memberi bayangan akan meminta campur tangan kerajaan persekutuan jika Pulau Pinang tetap enggan menerima pelawaan kerajaan negeri Kedah untuk berunding. - Bernama

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Unjuran Pasaran | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka merosot minggu ini, didorong aktiviti pengambilan untung berikutan harga lebih tinggi. Interband Group of Companies berkata harga dijangka berada antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan pada minggu ini.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka uji paras psikologi 4.0
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika pada minggu ini. Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.02 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.02 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397 ribu kes.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.82 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.82 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Politik | UMNO perlu curi peluang pulihkan imej
Pemimpin UMNO perlu bijak mencuri peluang memulihkan imej bagi mendapatkan semula kepercayaan akar umbi. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Rohazam Bakar berkata, asakan dan desakan oleh segelintir pihak di tengah-tengah krisis pandemik hanya akan melemahkan parti dan menonjolkan kepada rakyat bahawa UMNO semakin tidak relevan.

Sawit | Kerajaan yakin WTO akan berlaku adil
Kerajaan yakin Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) akan berlaku adil dan memastikan diskriminasi tidak berlaku pada minyak sawit negara. Ia susulan langkah kementerian perusahaan perladangan dan komoditi memulakan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah serta negara-negara anggotanya iaitu Perancis dan Lithuania berikutan kempen anti minyak sawit.

COVID-19: Norway kaji semula agihan vaksin
Pihak berkuasa Norway mengkaji semula pengagihan vaksin COVID-19 susulan laporan kematian yang direkodkan dalam kalangan warga emas. Badan Perubatan Norway pada Ahad melaporkan 33 rakyatnya yang menerima suntikan vaksin berdepan kesan sampingan dengan 13 daripadanya dilaporkan meninggal dunia.

Isu air: Penyelesaian di mahkamah sebagai langkah terakhir - MB Kedah
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun berkata pihaknya masih mahu menyelesaikan perkara itu secara rundingan.

TEMCO Kota Setar: Kedah tunggu keputusan MKN
Kerajaan negeri Kedah ketika ini sedang menunggu keputusan muktamad dari pihak Majlis Keselamatan Negera (MKN) berhubung pelaksanaan TEMCO di Kota Setar yang dijadualkan berakhir pada Jumaat.

Kedudukan kerajaan Kedah tidak terjejas dengan pengumuman Anwar - MB
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bekata, beliau menzahirkan keyakinan penuh terhadap kesetiaan yang ditunjukkan kesemua ADUN di negeri itu.

Siapa pun jadi MB, yang penting rakyat Kedah mahu kestabilan politik
Teka-teki itu terjawab sudah, namun bagi rakyat negeri Kedah mempunyai pelbagai pandangan tatkala gelora politik negeri Jelapang Padi itu meletup ketika negara sedang menghadapi pandemik Covid-19.

Kementerian, kerajaan negeri dakwa tidak tahu cadangan lapangan terbang baharu
Laporan akhbar milik MCA itu hanya menyebabkan kekeliruan di kalangan industri komunikasi dan pengangkutan.

Kedah bantu bawa pulang jenazah mangsa lemas di Australia - MB
Kerajaan Negeri Kedah akan membantu untuk membawa pulang jenazah rakyat Malaysia, Allahyarham Ridzq Azzadin Mohd Azhar yang mati lemas di Australia, pagi semalam.

Kerajaan Kedah sedia bantu keluarga Adib - Mukhriz
Kerajaan Negeri Kedah sedia memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kerajaan negeri sedia terima teguran demi kebaikan - MB Kedah
Kerajaan negeri Kedah bersedia dan terbuka untuk menerima segala teguran sekiranya terdapat kesalahan dalam pemerintahan Pakatan Harapan (PH) demi kebaikan semua pihak.

Kedah sokong RCI Memali - Ahmad Bashah
Kerajaan negeri Kedah menyokong sekiranya Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) Memali ditubuhkan bagi menyiasat peristiwa berdarah yang mengakibatkan 18 terbunuh.

MB Kedah bidas cadangan wujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar
Ahmad Bashah membidas cadangan Mukhriz mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar sedangkan perkara itu tidak terkandung di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah.