MALAYSIA
Isu Ambalat: Kerajaan komited, sepakat pertahan kedaulatan negara – Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata Kerajaan Persekutuan komited untuk memperhalusi dan mencari kesepakatan mengenai isu Ambalat melalui rundingan mekanisme sedia ada. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan komited untuk memperhalusi dan mencari kesepakatan mengenai isu Ambalat melalui rundingan mekanisme sedia ada dan memastikan kedaulatan negara dipertahankan.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, dalam satu kenyataan berkata, ini termasuk usaha untuk mempertahankan kepentingan negeri Sabah.
Menurut beliau, perkara itu masih dalam peringkat pertimbangan dan akan terus diperhalusi melalui saluran diplomatik dan rundingan sedia ada bersama pihak berkaitan.
Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata akan mewujudkan situasi 'menang-menang' dengan Indonesia berhubung wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara di Ambalat.
Beliau berkata ia boleh dilaksanakan menerusi kaedah perjanjian pembangunan bersama (JDA) bagi membangunkan ekonomi kawasan sempadan, dalam masa yang menyelesaikan perkara berkaitan isu-isu teknikal.
Dalam pada itu, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Perdana Menteri memberitahu rakyat mengenai apa-apa persetujuan yang dicapai dengan Indonesia dalam rundingan mengenai isu Ambalat.
Ia susulan Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) antara Malaysia dan Indonesia di Blok Ambalat, iaitu kawasan perairan yang masih dalam pertikaian sempadan maritim membabitkan kedua-dua negara.
Ringkasan AI
- Kerajaan Persekutuan komited mempertahankan kedaulatan negara dan kepentingan Sabah, dengan isu Ambalat masih dalam rundingan diplomatik melalui mekanisme sedia ada.
- Malaysia dan Indonesia bersetuju meneroka pendekatan 'menang-menang' melalui Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) untuk membangunkan ekonomi kawasan sempadan sambil menyelesaikan isu teknikal sempadan maritim.
- Pemimpin pembangkang menuntut penjelasan terbuka daripada kerajaan, khususnya berkenaan butiran persetujuan JDA yang melibatkan kawasan perairan yang masih dipertikaikan.