awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu antara RHB Bank Bhd, Kesatuan Eksekutif RHB Bank Bhd selesai

Bernama
Bernama
11/05/2021
22:34 MYT
Isu antara RHB Bank Bhd, Kesatuan Eksekutif RHB Bank Bhd selesai
Saravanan berharap penyelesaian tuntutan oleh Kesatuan Eksekutif RHB Bank Bhd itu menjadi contoh terbaik kepada semua majikan dan kesatuan dalam mencari penyelesaian.
PUTRAJAYA: Isu tuntutan pengiktirafan dan perjanjian kolektif yang berlarutan selama 10 tahun antara RHB Bank Bhd dan Kesatuan Eksekutif RHB Bank Bhd telah berjaya diselesaikan Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM).
Isu tuntutan berkenaan bermula sejak 2011 dan berlanjutan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan berkata penyelesaian itu dicapai menerusi satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang berlangsung pada Isnin setelah majikan dan kesatuan melalui beberapa siri rundingan yang turut dihadiri wakil daripada JPPM.
Beliau berharap penyelesaian tuntutan oleh Kesatuan Eksekutif RHB Bank Bhd itu menjadi contoh terbaik kepada semua majikan dan kesatuan dalam mencari penyelesaian sekiranya wujud sebarang pertikaian pada masa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ksm
#RHB
#M Saravanan
#tuntutan
#majikan
#kesatuan
#Perjanjian Kolektif
#Kesatuan Eksekutif RHB
#Kementerian Sumber Manusia
#Memorandum Persefahaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan