awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu bauksit Pahang: Peraturan baharu akan diperkenalkan

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2017
14:27 MYT
Isu bauksit Pahang: Peraturan baharu akan diperkenalkan
Penduduk melihat kolam bekas lombong bauksit berhampiran Taman Sungai Karang Jaya, Kuantan yang meragut nyawa tiga kanak-kanak ketika tinjauan BERNAMA pada 5 Feb lalu. - BERNAMA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menarik balik penyitaan lebih 10 juta tan bauksit di Pahang.
Ia selepas Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Jabatan Geosains dan Mineral, serta kerajaan negeri setuju untuk perkenalkan peraturan baharu bagi mengekang salah laku dalam perlombongan bauksit.
Menurut kenyataan SPRM hari ini, peraturan itu juga diyakini dapat mengurangkan isu rasuah dan salah guna kuasa dalam aktiviti itu.
Penarikan semula arahan penyitaan bauksit itu bagi membolehkan pengusaha bauksit mengeluarkan timbunan bauksit dalam tempoh morotarium yang masih berkuatkuasa.
Sebelum itu, para pengusaha bauksit perlu menandatangi satu aku janji tidak akan terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa untuk mendapatkan permit kebenaran (AP) yang diluluskan NRE.
Bagaimanapun, ia tidak bermakna perlombongan baharu dibenarkan di negeri itu.
Pada masa sama, SPRM akan bekerjasama dengan NRE dan kerajaan negeri dalam memantau pemindahan bauksit yang telah diluluskan dan memastikan tidak berlaku perlombongan baharu di kawasan yang tidak dibenarkan.
Melanggar peraturan itu dan terlibat dalam perlombongan tidak sah boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tertakluk bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bauksit
#Jabatan Geosains dan Mineral
#Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
#Kerajaan negeri Pahang
#NRE
#Pahang
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan