Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menambah jumlah anggota pengiring keselamatan semasa melakukan siasatan rasuah melibatkan kes bauksit.
Pengarah Bahagian Keselamatannya, Alias Salim bagaimanapun berkata, keperluan itu bergantung kepada tahap ancaman yang mungkin diterima pegawai penyiasat semasa melakukan tugas siasatan.
"Kita tengok tahap ancaman itu, jika berlaku sesuatu ancaman atau risiko, kita akan menambah pegawai-pegawai pengiring untuk memastikan tugas-tugas kita berjalan lancar.
"Jumlah pengiring keselamatan (kes bauksit) bergantung kepada keadaan. Mungkin dalam 10 orang yang membantu pegawai-pegawai penyiasat. Mereka sentiasa membawa senjata api untuk memastikan operasi ini terkawal dan selamat," katanya dalam sidang media selepas Program Breakfast Talk bertajuk "Dasar Keselamatan dan Kebajikan Pegawai Penguatkuasa Semasa Menjalankan Tugas" di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) di sini hari ini.
BACA: Isu bauksit: Ada 'nama-nama besar' akan disiasat - SPRM
BACA: Bauksit: Jangan ganggu siasatan SPRM - MB Pahang
BACA: Bauksit: Dua lagi pegawai PTG Pahang akan didakwa esok - SPRM
Bagaimanapun setakat ini, suruhanjaya itu belum menerima sebarang ancaman sepanjang melakukan siasatan kes bauksit.
"Sebelum ini kita ada Ops Lojing di Kelantan itu sahaja kita pernah terima iaitu ancaman daripada pembalak haram yang tidak begitu bersetuju terhadap operasi yang dijalankan, namun Alhamdulillah keadaan ini terkawal dengan adanya pasukan pengiring keselamatan yang kita telah bekalkan bersama mereka bagi membantu pegawai penyiasat kita semasa menjalankan operasi," ujar beliau.
Justeru katanya, SPRM akan memastikan sebarang kesulitan dan gangguan akan dapat diatasi bagi melancarkan proses siasatan.
"Dari sudut aspek keselamatannya, memang sentiasa memberi keutamaan dengan memastikan operasi yang dijalankan berjaya dan semua pegawai kita berada dalam tahap keselamatan yang terbaik supaya segala tugas mereka lakukan berjalan lancar dan tidak terganggu dan diganggu oleh mana-mana pihak yang berkepentingan," tambah beliau.
SPRM ketika ini giat melakukan siasatan kes rasuah dalam isu bauksit termasuk memburu 'jerung' yang terlibat dengan isu kontroversi itu.
Rahimah Abdullah
Thu Jan 21 2016
SPRM ketika ini giat melakukan siasatan kes rasuah dalam isu bauksit termasuk memburu 'jerung' yang terlibat dengan isu kontroversi itu. - Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Penjawat awam kumpulan tertinggi terlibat rasuah - SPRM Selangor
Tahun 2020 menunjukkan pembukaan kertas siasatan tertinggi sepanjang tempoh lima tahun.
Bekas ketua gudang logistik ditahan SPRM
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan umur lewat 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 6 petang.
SPRM tahan tiga lelaki bantu siasatan berkaitan tuntutan palsu
Kesemua lelaki berusia 22 hingga 37 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor petang semalam.
'Ulat jenazah' minta suapan urus mayat ditahan SPRM
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Terima rasuah bulanan, SPRM tahan eksekutif pasar raya
Suspek wanita berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 3.30 petang Isnin selepas hadir memberikan keterangan.
Penolong pengarah, pembantu tadbir universiti ditahan SPRM
Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan bersama-sama seorang pembantu tadbir kanan berusia 47 tahun di Pejabat SPRM Selangor pada pukul 10.45 malam selepas mereka hadir memberi keterangan.
Siasatan PUNB: SPRM akan panggil lagi saksi
SPRM akan memanggil beberapa lagi saksi dalam tempoh terdekat ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan seorang Ahli Lembaga Pengarah PUNB.
Tujuh penguat kuasa MPK ditahan terlibat rasuah, salah guna kuasa
Menurut sumber SPRM, kesemua lelaki terbabit yang berusia 31 hingga 42 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Klang pada 1.45 tengah hari tadi.
SPRM tahan empat individu termasuk seorang pegawai JPJ Selangor
Menurut sumber SPRM, suspek yang berumur 43 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang, kira-kira 2 petang.