DREBAR

Isu beg udara – Nissan pula mulakan kempen servis ganti modul beg udara

Astro Publication 23/06/2015 | 04:46 MYT
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), pengedar tunggal dan pemasang kenderaan Nissan di Malaysia mengumumkan hari ini bahawa bersama Tan Chong Express Auto Service Centre (TCEAS), telah melancarkan kempen servis khas bagi memaklumkan kepada pelanggan dan menggantikan modul pengembung (inflator) pada beg udara penumpang hadapan bagi model-model terpilih.
Sebanyak 12,444 unit kenderaan Nissan di Malaysia terbabit di dalam kempen servis khas ini. Model-model yang terbabit adalah:
Model Kod produk Tahun Jumlah unit
X-TRAIL
(CKD)
T30 1 Mei 2002 – Mac 2007 12,420
TEANA
(CBU)
J31 Ogos 2004 – Sep 2004 4
LIBERTY
(CBU)
M12 2003 20
Kempen ini bagaimanapun tidak melibatkan model Nissan X-Trail baharu (T32) yang dilancarkan ke pasaran tempatan pada Januari tahun ini serta model-model Nissan yang terkini di pasaran.
ETCM, melalui TCEAS akan menghubungi para pemilik kenderaan yang terbabit. Pelanggan juga boleh menghubungi Hotline Khidmat pelanggan di talian Tol Percuma: 1800-88-3838 untuk penjelasan lanjut serta mengetahui sama ada kenderaan mereka terbabit atau sebaliknya. Semua kos buruh dan penggantian alat ganti untuk servis ini adalah percuma.
[Sebelum ini, Honda Malaysia turut mengumumkan 'recall' untuk beberapa model berkaitan isu modul beg udara. Klik sini dan sini untuk maklumat lanjut.]
# etcm # Takata #Nissan