KUALA LUMPUR: Isu kekurangan bekalan beras negara dan kenaikan harga beras import mendapat perhatian Ahli-Ahli Parlimen pada sesi perbahasan hari kedua usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Mereka berpendapat masalah itu perlu ditangani dengan kadar segera bagi meredakan keresahan dalam kalangan rakyat memandangkan beras ialah makanan ruji di negara ini.
Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera bagi menampung kekurangan 38 peratus bekalan beras untuk kegunaan tempatan.
Beliau berkata negara berdepan saingan sengit dari Indonesia yang ketika ini mempunyai 42 peratus kekurangan bekalan beras tempatan dan Filipina yang merupakan negara pengimport beras terbesar di Asia Tenggara dengan nilai import mencecah kira-kira US$1.3 bilion pada 2021.
"Tambahan pula, kerajaan India telah menyekat eksport beras dari negara berkenaan yang telah melonjakkan harga jualan beras putih import di seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa 1 Sept 2023 iaitu kenaikan sebanyak 36 peratus.
"Kenaikan mendadak ini akan menyebabkan golongan B40 dan M40 semakin sukar untuk mendapatkan keperluan karbohidrat seharian seterusnya meningkatkan kerisauan rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini," katanya.
Beliau turut mencadangkan kerajaan supaya mengimport bekalan beras dari negara pengeksport beras selain India seperti Vietnam, Thailand dan Pakistan dengan segera sebelum isu kekurangan bekalan itu menjadi lebih parah.
Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata beras ialah barangan terkawal dan kerajaan seharusnya mencari jalan bagi mengawal harga agar ia tidak menjadi terlalu mahal sehinggakan tidak mampu dibeli oleh rakyat.
"Jangan lupa bahawa selepas pandemik, ramai rakyat telah jatuh miskin .... Adakah garis kemiskinan yang diguna pakai untuk menentukan status kemiskinan isi rumah masih realistik dengan mengambil kira kenaikan harga barang dan kadar inflasi semasa," katanya.
Lim Guan Eng (PH-Bagan) pula meminta kerajaan menambah stok bekalan beras yang didakwa sukar diperoleh ketika ini bagi menampung keperluan rakyat.
Beliau turut meminta kerajaan mengkaji harga beras import bagi memastikan ia tidak terlalu tinggi sehingga menyukarkan rakyat untuk mendapatkan bekalan itu.
Isu sekuriti makanan melibatkan kebergantungan terhadap hasil import beras juga dibangkitkan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang mencadangkan kerajaan untuk menumpukan kepada peningkatan penanaman padi di dalam negara.
"Mengapa negara kita Malaysia yang mempunyai tanah subur, hutan luas dan iklim bersesuaian tidak maju dalam sektor penanaman termasuk ternakan?
"Kita masih bergantung pada negara lain untuk mendapatkan bekalan makanan seperti beras. Apa jadi dengan projek jelapang padi negara?" katanya.
Beliau berkata Projek Jelapang Padi Batang Lupar di Sarawak melibatkan keluasan 5,100 hektar, namun hanya 196 hektar yang sudah lengkap manakala baki kawasan itu masih dalam proses pembinaan fasiliti dan sebagainya sejak projek itu dimulakan sehingga sekarang.
Beliau membangkitkan persoalan berkenaan projek itu memandangkan Projek Jelapang Padi Kota Belud, Sabah dengan keluasan projek lebih besar dan ditubuhkan pada masa yang lebih kurang sama, telah menyumbangkan hasil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Mereka berpendapat masalah itu perlu ditangani dengan kadar segera bagi meredakan keresahan dalam kalangan rakyat memandangkan beras ialah makanan ruji di negara ini. -Gambar fail/Bernama
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.