awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Bible: MAIS nafi Sultan Selangor perkenan PERKASA adakan perhimpunan

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2014
01:51 MYT
Isu Bible: MAIS nafi Sultan Selangor perkenan PERKASA adakan perhimpunan
MAIS nafi Sultan Selangor perkenan PERKASA adakan perhimpunan
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memberi perkenan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) untuk berhimpun di hadapan Istana Kayangan, Isnin ini.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa menafikan perkara tersebut, namun mengesahkan penerimaan surat daripada PERKASA berhubung permohonan mengadakan perhimpunan itu.
Surat tersebut bagaimanapun tidak dirujuk untuk perhatian Sultan Selangor kerana baginda telah berangkat ke luar negara.
"Pada 20 Jun, saya telah menerima surat daripada Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor berkaitan permohonan perhimpunan beramai-ramai.
"Namun surat tersebut tidak diangkat untuk perhatian Sultan Selangor kerana baginda telah pun berangkat ke luar negara," katanya dalam satu kenyataan.
MAIS dengan itu menafikan kenyataan PERKASA bahawa perhimpunan tersebut telah mendapat perkenan baginda, ujar Mohamad Adzib.
Pertubuhan itu disaran menggunakan budi bicara mereka untuk mengadakan perhimpunan berkenaan, tambah beliau.
Beberapa laporan portal media kelmarin menyebut bahawa Yang Dipertua PERKASA Abu Bakar Yahya memaklumkan Sultan Selangor, berkenan memberi kebenaran kepada pertubuhan terbabit untuk meneruskan perhimpunan itu.
Menurut Abu Bakar, perhimpunan itu bertujuan menyatakan sokongan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan MAIS berhubung isu Bible yang dirampas pada Januari lalu.
Topic Berkaitan
#Bible
#JAIS
#MAIS
#perhimpunan
#PERKASA
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan