awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/05/2024
06:02 MYT
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan pihaknya akan membuat penelitian terhadap isu boikot sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan berkaitan.
Ia susulan kenyataan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh pada Jumaat, yang berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah, sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
Jelas Mohd Na’im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
"Sebagai manusia kita ada pandangan berbeza. Pandangan Mufti Perak itu kita akan teliti, saya sebagai Menteri Agama, sudah maklumkan pada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) untuk teliti pandangan itu dan tengok dari semua sudut.
"Boikot ini pilihan individu, jadi ada pandagan berbeza. Kita hormat pandangan mufti, kita akan teliti dan IKIM akan ambil pendekatan lihat pandangan itu secara umum dan kita akan buat keputusan selepas itu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat di Dataran Merdeka, pada Sabtu.
Terdahulu, media melaporkan QSR Brands (M) Holdings Bhd yang merupakan pemegang francais KFC Malaysia, mengambil langkah menutup beberapa cawangan rangkaian makanan segera itu buat sementara waktu, dengan alasan ia adalah tindak balas terhadap situasi ekonomi mencabar.
Selain itu, Berjaya Corp Bhd yang memiliki rangkaian kafe Starbucks, juga merekod peningkatan kerugian lebih empat kali ganda pada September hingga Disember tahun lepas, berbanding suku yang sama pada 2022.
Kedua-duanya didakwa mempunyai kaitan dengan boikot akibat konflik Israel-Palestin yang berterusan sehingga kini.
Topic Berkaitan
#boikot
#KFC
#Starbucks
#kk mart
#Stoking tertera kalimah Allah
#Mohd Naim Mokhtar
#Mufti Negeri Perak
#sunnah Rasulullah SAW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan