awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu BR1M: Pakatan Harapan diingatkan tidak buat kesilapan

Bernama
Bernama
26/08/2018
10:42 MYT
Isu BR1M: Pakatan Harapan diingatkan tidak buat kesilapan
NIK NAZMI: Sebarang perubahan mesti memastikan penerima tidak terkesan sehingga menjadi lebih susah.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan untuk tidak membuat kesilapan dalam hal membabitkan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) atau sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Ketua Pemuda PH Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebarang keputusan perlu dibuat melalui persetujuan gabungan semua parti komponen dalam PH dan kabinet kerajaan susulan manifesto parti telah menjanjikan bahawa BR1M akan dikekalkan untuk golongan B40 (mereka berpendapatan bawah RM3,000 sebulan).
"Sebarang perubahan mesti memastikan penerima tidak terkesan sehingga menjadi lebih susah. Pakatan Harapan tidak boleh membuat kesilapan dalam hal ini, sejarah akan menilai kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas laporan media berhubung keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangkan pemberian jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan.
Nik Nazmi yang juga Anggota Parlimen Setiawangsa berkata perkara tersebut tentu menimbulkan kegusaran penerima BSH kerana pemberian wang sudah menjadi bantuan hayat bagi kebanyakan mereka.
Beliau mengakui sistem BSH perlu diteliti semula agar ia menepati matlamat untuk mengurangkan jurang pendapatan dalam masyarakat dan membolehkan penerima berdiri di atas kaki sendiri.
Perancangan ini mestilah dibuat dengan telus dan informasi hendaklah disampaikan kepada rakyat dengan jelas untuk mengelakkan daripada berlaku salah faham, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#B40
#Bantuan Sara Hidup
#BR1M
#BSH
#ketua pemuda PH
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#rakyat Malaysia
#sosioekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan