MALAYSIA
Isu buli perlu ditangani segera secara holistik - Wan Azizah
Dr Wan Azizah menyampaikan ucapan perasmian Program Kesedaran Kesihatan Mental Bandar Tun Razak dengan tema "Suka Dalam Duka" di Dewan Serbaguna Alam Damai, Cheras hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Isu buli yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja perlu ditangani segera dengan tindakan holistik daripada semua pihak termasuk keluarga, sekolah dan masyarakat, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ringkasan AI
Dr Wan Azizah yang juga isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masalah mental boleh berpunca daripada pelbagai faktor, dengan kes buli dilihat paling menonjol kebelakangan ini.
"Sekarang ini yang paling menonjol ialah buli. Adakah salah akhlak kita? Anak-anak kita ini macam senang nak buli orang, adakah perbuatan itu menjadi trend sekarang? Jadi, kita mahukan akhlak yang mulia, budi pekerti yang baik, yang memberikan rasa empati dan kasih sayang antara manusia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Mental Bandar Tun Razak 2025 yang bertemakan "Suka dalam Duka" di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Program itu menghimpunkan lebih 150 peserta daripada golongan B40 termasuk pelajar sekolah, ibu tunggal dan mualaf dengan pengisian seperti ceramah kesihatan mental, saringan kesihatan mental, dan khidmat intervensi kaunseling yang akan dilanjutkan hingga November ini.
Dr Wan Azizah turut mengingatkan kepada orang ramai yang diuji dengan masalah kesihatan mental supaya segera mendapatkan rawatan dan bantuan melalui saluran yang betul seperti menerusi Talian Kasih dan Talian Heal.
"Sekiranya ada yang mempunyai masalah mental, tampillah, dapatkan bantuan, jangan malu ... kita juga mahukan warga Bandar Tun Razak sokong, bantu, faham dan mempunyai empati terhadap mereka yang ada masalah kesihatan," katanya.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata nilai ihsan yang menjadi asas pembinaan masyarakat Malaysia MADANI turut ditekankan melalui usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan pelaksanaan program KSK Care Center di masjid dan surau terpilih.
Beliau berkata pusat berkenaan diwujudkan bagi memperkukuh peranan institusi masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah, tetapi juga sebagai pusat rawatan psikospiritual yang melengkapkan intervensi fizikal dan mental dalam menangani isu kesihatan mental rakyat.
"Gabungan kedua-duanya penting, kita harapkan imam-imam dan masjid dapat memainkan peranan untuk mengajak penduduk setempat menggunakan program sedia ada untuk mengatasi masalah kesihatan mental," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Dr Wan Azizah menyuarakan kebimbangan bahawa buli kini menjadi trend yang membimbangkan, mencerminkan kemerosotan nilai akhlak dan empati dalam kalangan remaja.
- Beliau menyeru agar semua pihak keluarga, sekolah, masyarakatbertindak secara holistik untuk membendung gejala ini.
- Program Kesedaran Kesihatan Mental Bandar Tun Razak 2025 bertemakan "Suka dalam Duka" menghimpunkan lebih 150 peserta B40 termasuk pelajar, ibu tunggal dan mualaf.