MALAYSIA
Isu dadah masih belenggu Kelantan, terus catat statistik tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, statistik AADK, JSJN serta JKDM, jelas menunjukkan masalah itu masih belum ditangani sebaiknya di negeri tersebut. - Gambar fail
TANAH MERAH: Isu penyalahgunaan dadah di Kelantan masih membelenggu negeri itu apabila berterusan mencatatkan jumlah statistik tertinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
Beliau berkata statistik yang dikeluarkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), jelas menunjukkan masalah itu masih belum ditangani sebaiknya di negeri tersebut.
"Saya merasa agak terpukul kerana penyalahgunaan dadah di seluruh negara masih "dijuarai" Kelantan dan statistik ini turut disahkan oleh pelbagai pihak.
"Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Antidadah Kebangsaan berpendapat, tidak wajar mana-mana pihak melepaskan tanggungjawab dan menganggap ia hanya tugas pihak lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah, di sini, hari ini.
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Kelantan terus mencatatkan statistik tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia, berdasarkan data daripada AADK, JSJN dan JKDM.
- Beliau menegaskan isu ini tidak boleh dianggap sebagai tanggungjawab satu pihak sahaja dan menyeru semua pihak untuk memainkan peranan dalam menangani masalah tersebut.
- Kenyataan itu dibuat semasa beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah, menunjukkan keprihatinan terhadap isu sosial yang berlarutan di negeri berkenaan.