awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu dana KBS: Khairy ulangi pendirian bertanggungjawab penuh

Bernama
Bernama
23/03/2016
23:39 MYT
Isu dana KBS: Khairy ulangi pendirian bertanggungjawab penuh
KHAIRY: Apabila saya nyatakan saya akan mengambil tanggungjawab penuh, saya mesti bertanggungjawab perbetulkan keadaan itu dahulu. -Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi menegaskan akan bertanggungjawab penuh terhadap kontroversi pegawainya terlibat dengan penyelewengan dana kementerian melebihi RM107 juta.
Khairy berkata beliau akan mengambil tanggungjawab tersebut dengan memperbetulkan segala kelemahan melibatkan prosedur kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mengelak perkara yang sama berulang.
"Apabila saya nyatakan saya akan mengambil tanggungjawab penuh, saya mesti bertanggungjawab perbetulkan keadaan itu dahulu.
"Pada masa yang sama, sekiranya betul saya terlibat... ia akan didapati dalam hasil siasatan SPRM dan pasukan petugas bebas, waktu itu bolehlah kedudukan saya ditentukan," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat malam tadi.
Beliau menjawab celahan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) yang mempersoalkan kenapa Khairy tidak meletak jawatan setelah menyatakan pendirian akan mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu penyelewengan itu.
Ngeh berkata terdapat pihak yang menaruh jangkaan menteri generasi muda berkenaan akan mengikut jejak menteri di negara maju seperti Jepun, yang mengambil tanggungjawab penuh dengan meletak jawatan apabila terdapat pegawai bawahannya terlibat dengan skandal kewangan.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Khairy menegaskan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes rasuah yang berlaku di kementeriannya, dan akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pegawai berkenaan dan mana-mana pegawai yang bertanggungjawab dengan penyelewengan itu.
Mengulas mengenai kedudukannya sebagai menteri, Khairy berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menentukan jawatannya itu.
Beliau berkata kementerian telah mengenal pasti kelemahan dan menghentikan proses dan prosedur yang menyebabkan timbulnya masalah tersebut.
"Saya tidak boleh melindungi sesiapa sama ada kakitangan sedia ada atau bekas kakitangan kementerian, malah saya sendiri. Jadi, sesiapa yang perlu disoal oleh SPRM, akan disoal oleh SPRM," katanya.
SPRM Jumaat lepas menahan seorang setiausaha bahagian kementerian itu selepas disyaki terlibat mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.
Semalam, Khairy mengesahkan pegawai terbabit telah dipindahkan daripada kementeriannya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#Khairy Jamaluddin
#penyelewengan dana kementerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan