awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
Cuaca panas: Paras air empangan di Johor masih terkawal - Exco
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir

Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM

Bernama
Bernama
03/02/2026
10:15 MYT
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mohamad berkata setakat ini MAINPP dan Zakat MAINPP telah memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang sedang menyiasat kes itu. - Gambar/ Bernama
KEPALA BATAS: Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohamad Abdul Hamid bersedia memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa pegawai kanan kerajaan negeri dalam isu dana zakat.
Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata setakat ini MAINPP dan Zakat MAINPP telah memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang sedang menyiasat kes itu.
"Kita memberikan kerjasama sepenuhnya, sebagai YDP MAINPP dan dibantu oleh Setiausaha (MAINPP), mana-mana urusan yang berkaitan dengan kes itu, kita serahkan dokumennya. Setakat ini, beberapa pegawai telah dipanggil ke SPRM untuk bantu siasatan.
"Bagaimanapun, saya belum lagi dipanggil oleh SPRM dan saya bersedia untuk dipanggil untuk memberikan kerjasama kepada SPRM kerana ia telus dan semuanya mengikut sudut proses (ditetapkan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah (Mapaf) dan Sumbangan Ihya Ramadan Kerajaan Negeri Tahun 1447H/2026M, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai siasatan SPRM Pulau Pinang berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri berkaitan urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat di negeri itu.
Sebelum ini, SPRM dilaporkan membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dengan pasukan siasatan juga dilaporkan telah hadir ke beberapa pejabat yang disyaki terbabit bagi mendapatkan dokumen berkaitan.
Sabtu lepas, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri memberi ruang sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa itu dan kerajaan negeri tidak akan campur tangan atau menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#dana zakat
#MAINPP
#Mohamad Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.