awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu dibangkitkan warga KKM sedang diambil tindakan - Dr Zaliha

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2023
16:12 MYT
Isu dibangkitkan warga KKM sedang diambil tindakan - Dr Zaliha
Dr Zaliha bertekad untuk mewujudkan ekosistem kerja yang lebih inklusif, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Tindakan sewajarnya sedang diambil berkaitan beberapa perkara yang dibangkitkan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sesi dialog bersama Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada Ahad.
Antaranya ialah isu elaun perpindahan Pegawai Perubatan ke Sabah dan Sarawak, dan isu penurunan gred bagi pegawai farmasi dan pergigian yang dilantik ke skim tetap.
"Isu elaun perpindahan Pegawai Perubatan ke Sabah dan Sarawak, saya dan Bahagian Sumber Manusia (BSM) KKM sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk pertimbangan elaun sepertimana yang telah dinyatakan dalam peraturan perbendaharaan.
"Selain itu isu penurunan gred bagi pegawai farmasi dan pergigian yang dilantik ke skim tetap akan turut dibawa ke perhatian JPA.
"Tempoh kontrak maksimum lima tahun bagi pegawai farmasi turut mendapat perhatian saya. Saya akan minta Bahagian Sumber Manusia untuk menilai semula bagi memastikan laluan kerjaya profesion ini lebih terjamin," katanya dalam hantaran di Facebook.
Selain itu, turut akan diberi perhatian ialah cadangan pemantapan dan perluasan pendigitalan sistem kesihatan di fasiliti-fasiliti KKM di seluruh negara, termasuk pelaksanaan Electronic Medical Record (EMR) secepat mungkin.
Beliau berkata, sesi libat urus bersama warga kerja kementerian seperti itu adalah platform kepada warga KKM untuk menyampaikan pendapat secara terus kepadanya, dan bertekad untuk mewujudkan ekosistem kerja yang lebih inklusif, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#sesi dialog
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan