MALAYSIA
Isu dokumentasi FAM: Proses naturalisasi ikut Perlembagaan, tiada sebab keluh-kesah - Saifuddin
Saifuddin berkata, proses naturalisasi bukanlah sesuatu yang boleh dipermudah, sebaliknya melibatkan semakan ketat oleh Bahagian Pendaftaran Negara (KPJPN) dan pelbagai peringkat verifikasi. - Gambar/ BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa proses pemberian kewarganegaraan kepada pemain warisan negara dilakukan secara sah, teliti dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang berkaitan.
Ringkasan AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses naturalisasi bukanlah sesuatu yang boleh dipermudah, sebaliknya melibatkan semakan ketat oleh Bahagian Pendaftaran Negara (KPJPN).
“Kalau ditanya, nak keluh-kesah apa? Kalau kamu (FAM) buat benda yang betul. Ya, apa ukuran benda betul? Ikut Perlembagaan Persekutuan... ikut akta atau undang-undang yang ada, ikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 19, Akta Kelahiran Seksyen 10A. Itu asasnya,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.
Saifuddin mengulas tindakan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara yang dikenakan hukuman tegas selepas didapati melakukan pelanggaran berkaitan pemalsuan dokumen di bawah Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC).
Dalam kenyataan rasmi badan induk dunia itu, FAM didapati telah mengemukakan pertanyaan kelayakan pemain kepada FIFA dengan menggunakan dokumen yang diubah suai bagi membolehkan pemain berkenaan diturunkan.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata semua dokumen dan proses yang dikemukakan kepada pihak kerajaan sudah melalui penelitian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Kita tengok semua itu, bahagian semak... malah Ketua Pengarah JPN pun puas hati. Tengok semua, maka bahagian kita semua ikut tertib, kita jelaskan begitu,” tambah beliau.
Jelas Saifuddin lagi, hanya sekiranya peraturan dan akta diketepikan barulah wujud sebab untuk rakyat atau badan tertentu merasa khuatir dengan keputusan yang dibuat.
Beliau turut mengingatkan supaya tidak ada pihak yang cuba memutarbelitkan fakta atau mencipta perkara yang tidak wujud semata-mata untuk mengelirukan rakyat.
"Jangan menidakkan benda yang ada dan jangan mengada-adakan benda yang tak ada,” tegasnya.
Jumaat lepas, FAM dan tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
FIFA menerusi kenyataan memaklumkan FAM menyerahkan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain, sekali gus membolehkan mereka diturunkan dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lepas.
Tujuh pemain warisan yang dikenakan tindakan ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
Sehubungan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman kemudian mengakui terdapat kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan kakitangan pentadbiran badan induk itu.
Noor Azman berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan menegaskan para pemain terbabit adalah rakyat Malaysia yang sah.
Beliau menambah FAM kini menunggu keputusan penghakiman penuh daripada FIFA sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada.
Ringkasan AI
- KDN menegaskan proses pemberian kewarganegaraan kepada pemain warisan dilakukan secara sah dan teliti mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang berkaitan, termasuk semakan ketat oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
- FAM dan tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA atas kesalahan pemalsuan dokumen, termasuk denda CHF350,000 kepada FAM dan penggantungan 12 bulan terhadap pemain terbabit daripada semua aktiviti bola sepak.
- Menteri Dalam Negeri mengingatkan agar tiada pihak memutarbelit fakta, manakala FAM mengakui kesilapan teknikal dalam penyerahan dokumen dan akan mengemukakan rayuan selepas menerima penghakiman penuh daripada FIFA.