awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu doping: Dexamethasone daripada klinik pakar swasta - Khairy

Tan Su Lin
Tan Su Lin
09/11/2014
11:12 MYT
Isu doping: Dexamethasone daripada klinik pakar swasta - Khairy
KHAIRY: Beliau menjalani rawatan 'stem cell' yang tidak dibuat ISN, tetapi dibuat di klinik swasta. -Gambar fail
Bahan terlarang 'Dexamethasone' yang diuji positif ke atas seorang pemain badminton kebangsaan bukan daripada Institut Sukan Negara (ISN).
Sebaliknya, jelas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bahan yang digunakan untuk memulihkan kecederaan pemain badminton tersohor itu diterima daripada sebuah klinik pakar swasta.
Jelas Khairy, ISN telah merujuk pemain berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik berkenaan.
"Beliau menjalani rawatan 'stem cell' yang tidak dibuat ISN, tetapi dibuat di klinik swasta. Beliau diberi suntikan Dexamethasone di klinik swasta tersebut yang juga merupakan klinik swasta sukan."
"Dexamethasone adalah ubat dibenarkan di luar pertandingan. Ramai atlet yang menggunakannya di luar pertandingan untuk tujuan rawatan.
"Dalam tempoh 10 hari sepatutnya ia keluar daripada badan atlet tersebut, tetapi kita tidak tahu kenapa bahan itu masih tersangkut dalam badan dia," kata Khairy ketika ditemui pemberita di Karnival Genexter 2014 di Putrajaya.
Ketika ini, katanya, persediaan sedang dibuat sementara menunggu proses pendengaran daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Kami masih menunggu sesi pendengaran dengan BWF. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita hanya boleh membuat persediaan," ulas Khairy.
Walaupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) enggan menamakan atlet terbabit, ikon sukan badminton dunia Datuk Lee Chong Wei disebut-sebut sebagai atlet yang dimaksudkan.
Beliau bakal berdepan hukuman gantung dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) sekiranya gagal dalam rayuannya dengan BWF.
Jaguh badminton negara itu disahkan positif Dexamethasone dalam ujian sampel B yang dilakukan di Hospital Universiti Olso, Norway, Rabu lepas.
Topic Berkaitan
#Chong Wei
#dexamethasone
#ISN
#Klinik swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan