KUALA LUMPUR: Kes saman Datin Vivy Yusof terhadap seorang netizen atas dakwaan memfitnah pengasas FashionValet dan dUCK Group itu menerusi laman sosial berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas oleh penularan COVID-19, ditetapkan untuk perbicaraan bermula 11 Ogos ini.
Peguam, Mohd Syakirin Syazwan yang mewakili Alia Najwa Hassannudin, selaku defendan dalam kes saman itu berkata, mahkamah menetapkan 11 dan 12 Ogos untuk perbicaraan.
"Seramai lima saksi defendan termasuk anak guam saya akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu manakala plaintif (Vivy) akan mengemukakan tiga orang saksi," katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datin Rohani Ismail pada Khamis yang turut dihadiri peguam Pauling Hee mewakili Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof.
Pada 15 Jun tahun lepas, Vivy, 34, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co dengan menamakan Alia, 29, selaku defendan tunggal.
Berdasarkan penyataan tuntutan, Vivy berkata, pada 28 Mac tahun lepas, beliau telah menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan empat usahawan berkaitan status ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Vivy mendakwa pada 30 Mac tahun sama, defendan telah menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif dalam akaun Facebook dan Instagram milik defendan dan secara salah menyatakan bahawa plaintif mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40 sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.
Usahawan wanita itu mendakwa, penyataan-penyataan fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa plaintif tidak bersimpati terhadap golongan B40 dan M40, bersikap angkuh, mementingkan diri sendiri dan tidak profesional serta hanya mementingkan keuntungan.
Kata Vivy, penerbitan penyataan-penyataan fitnah itu turut menyebabkan pelancaran satu petisyen di laman web sekitar 1 April tahun lepas bagi mendesak plaintif dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan berkenaan dan petisyen tersebut telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna Internet sejak dilancarkan.
Ikon fesyen itu mendakwa surat tuntutan telah dikeluarkan kepada defendan dan menuntut supaya beliau berhenti menerbitkan sebarang penyataan fitnah terhadap plaintif di laman sosial dan plaintif juga mendakwa defendan membalas surat tuntutan melalui aplikasi Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak plaintif.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, suatu perintah supaya defendan memadamkan penerbitan penyataan-penyataan fitnah tersebut selain memohon defendan menerbitkan suatu permohonan maaf terhadap plaintif.
Dalam penyataan pembelaan difailkan pada 20 Oktober tahun lepas, defendan mendakwa bahawa penyataan yang dimuat naik olehnya adalah berlandaskan fakta sebenar daripada posting plaintif sendiri dan ia berunsurkan kepentingan awam selain defendan juga menafikan sebarang elemen fitnah di dalam penyataan yang diterbitkannya.
-- Bernama
Bernama
Thu Feb 25 2021
Vivy, 34, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co dengan menamakan Alia, 29, selaku defendan tunggal. - Gambar fail/ Vivy Yusof
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Kes pecah amanah: Vivy Yusof, suami selesai bayar jaminan
Kes pecah amanah: Vivy Yusof, suami selesai bayar jamin
Vivy Yusof, suami mengaku tidak bersalah pecah amanah RM8 juta
Pengasas FashionValet didakwa atas pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah dan PNB bernilai RM8 juta, enam tahun lalu.
Vivy Yusof, suami tiba di mahkamah bagi pertuduhan pecah amanah dana PNB, Khazanah
Vivy dan Fadzaruddin tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, untuk didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.
Vivy Yusof dan suami didakwa di Kuala Lumpur hari ini, suami Zahnita di Kuantan
Pengasas FashionValet dan suami didakwa berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam platform e-dagang itu.
Op Favish: SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki
SPRM sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Kes FashionValet: SPRM beku akaun 30 Maple
SPRM bertindak membekukan akaun 30 Maple Sdn Bhd (30 Maple) berhubung kes melibatkan platform e-dagang, FashionValet.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini
Pasangan pengasas FashionValet yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah PNB menyambung memberikan keterangan hari ini.
SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki
Azam berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.