awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu gambar Jalur Gemilang: Polis ambil keterangan 42 individu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/04/2025
06:25 MYT
Isu gambar Jalur Gemilang: Polis ambil keterangan 42 individu
Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya masih lagi menyiasat kes berkenaan. - Gambar fail
RAWANG: Polis selesai merakam keterangan 42 individu termasuk Ketua Pengarang Sin Chew Daily berhubung penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya masih lagi menyiasat kes berkenaan.
“Setakat ini siasatan masih berjalan. Kita sudah memanggil seramai 42 orang saksi dan mungkin akan ada beberapa lagi dipanggil,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Balai Polis Country Homes di sini pada Jumaat.
Majlis tersebut dirasmikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudinmengesahkan Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Penyunting akhbar berbahasa Cina itu ditahan bagi membantu siasatan, namun kedua-dua mereka dibebaskan jam 8.20 malam Khamis.
Selasa lalu, akhbar berbahasa Cina itu menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, namun gambar bendera tersebut tidak lengkap.
Insiden itu mendapat kiritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.
Berikutan itu, akhbar berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#ayob khan mydin pitchay
#Jalur Gemilang
#Sin Chew Daily
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan