KLUANG: Penganjur Karnival Jelajah Makanan Johor yang diadakan di Dataran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Simpang Renggam memohon maaf berhubung insiden aksi goyang gerudi yang mencemari karnival tersebut.
Menerusi kenyataan di Facebook Jelajah Bazaar Lelong Johor, penganjur mengakui kesilapan dan kelemahan pihaknya yang gagal mengawal pengunjung pada malam kejadian.
"Selaku penganjur Jelajah Makan Johor yang bertempat di Dataran IKS Simpang Renggam, dengan ini memohon maaf kepada semua warga Simpang Renggam dan juga kepada pihak berkuasa tempatan terutamanya Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) di atas kejadian yang viral (tular).
"Sesungguhnya kesilapan itu berlaku atas kelemahan kami sendiri yang gagal mengawal pengunjung yang datang untuk berhibur. Tiada niat lain daripada kami semasa menganjurkan program ini selain untuk memeriahkan program anjuran kami. Namun atas kelemahan, kami gagal mengawal tindak tanduk pengunjung yang telah mencemarkan nama baik MDSR," katanya.
Selain itu, penganjur juga akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian itu dan menghargai teguran diberikan, selain berjanji perkara itu tidak akan berulang lagi.
Sebelum ini, media melaporkan penganjuran sebuah acara karnival di Simpang Renggam terpaksa dihentikan pihak berkuasa berikutan tular di media sosial aksi sekumpulan wanita menari goyang gerudi ketika kumpulan muzik tempatan membuat persembahan
Karnival selama 10 hari di Dataran IKS Simpang Renggam itu sepatutnya berakhir pada Ahad ini, namun dihentikan pihak berkuasa pada Jumaat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 28 2023
Tangkap layar aksi goyang gerudi ketika kumpulan muzik tempatan mengadakan persembahan di sebuah acara karnival di Simpang Renggam.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Persembahan 'Rumah MADANI Jiwa Merdeka' antara tarikan sambutan Hari Malaysia
Rumah MADANI Jiwa Merdeka bakal dipersembahkan oleh 100 artis budaya daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
RWMF 2024: Kitaro memukau lautan manusia di SCV Santubong
Menggabungkan elemen cahaya dan alat muzik instrumental seperti seruling, ternyata alunan dibawa Kitaro masih memukau.
MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami
Tular video yang memaparkan penampilan sulung DJ tersebut membuat persembahan dengan memakai jubah sami berwarna putih di kelab malam.
Isu goyang gerudi: Penganjur mohon maaf, akui gagal kawal pengunjung
Penganjur mengakui kesilapan dan kelemahan pihaknya yang gagal mengawal pengunjung pada malam kejadian.
Army Red Warrior janji aksi 'wow' pada Hari Kebangsaan
Lompatan bermotosikal merentasi 66 motosikal model Royal Enfield adalah antara persembahan 'wow' yang dijanjikan pasukan Akrobatik Motosikal Tentera Darat iaitu Army Red Warrior.
The 1975 disenarai hitam buat persembahan di Malaysia - JK-PUSPAL
Kumpulan itu telah menghina, memperlekeh undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia.
Pelan tindakan fasa pertama tangani isu industri kreatif mula suku ketiga tahun ini
Libatkan analisis dapatan daripada empat sesi dialog awam bersama pemain industri muzik, persembahan, industri kreatif dan filem.
Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."
Britney Spears beri amaran, enggan muncul di pentas selagi bapanya 'berkuasa'
Bapa Spears, Jamie diberi hak sepenuhnya untuk mengawal peribadi, harta dan aset anak keduanya yang berjumlah hampir AS$ 60 juta, sejak kira-kira 13 tahun lalu.
Korea Utara sambut ulang tahun ke-75 pemerintahan Parti Pekerja
Korea Utara meraikan ulang tahun ke-75 pemerintahan Parti Pekerja di Stadium May Day Pyonyang pada Ahad malam.