awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu harga tiket mahal akan dibincang - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
08/06/2020
11:20 MYT
Isu harga tiket mahal akan dibincang - Ismail Sabri
Ismail berkata hasil perbincangan itu akan diberitahu kepadanya dalam masa terdekat. - Bernama
Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan syarikat penerbangan berhubung isu harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan mahal terutamanya ke Sabah dan Sarawak.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hasil perbincangan itu akan diberitahu kepadanya dalam masa terdekat.
"Kita faham harga tambang mahal kerana pelaksanaan penjarakan sosial jadi tidak boleh berkapasiti penuh. Dengan pematuhan penjarakan sosial, hanya 66 peratus sahaja ruang yang dipenuhi di dalam kapal terbang itu.
"Kita tahu harga tiket mencecah hampir RM2,000 bagi sehala penerbangan contohnya dari Miri ke Kuala Lumpur, justeru kita akan berbincang... semoga tidak ada isu lagi untuk mereka menaikkan harga tambang dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin.
Beliau berkata terdapat permohonan daripada pihak syarikat penerbangan agar penumpang boleh memenuhi kerusi di dalam kapal terbang
"Mereka memberi alasan segala butiran penumpang boleh diperoleh melalui manifes syarikat berkenaan dan mereka (penumpang) di setiap penerbangan juga boleh dikesan jika berlakunya kes dan perlu dihubungi.
"Tetapi yang paling penting sekarang adalah SOP (Prosedur Operasi Standard) perlu dipatuhi untuk membendung penularan wabak COVID-19," tegasnya.
Tinjauan Bernama mendapati ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga tiket penerbangan domestik yang dikatakan agak mahal dan menjadi topik hangat di media sosial.
Ini memandangkan ramai yang ingin pulang ke kampung halaman susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu ini yang membenarkan pergerakan rentas negeri dengan ramai yang perlu kembali ke tempat bertugas, contohnya guru dari Semenanjung yang mengajar di Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#koronavirus
#penerbangan
#penjarakan sosial
#pergerakan rentas negeri
#perintah kawalan pergerakan
#SOP
#tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan