awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu infrastruktur, pengajian tinggi antara dibangkitkan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
25/11/2020
00:36 MYT
Isu infrastruktur, pengajian tinggi antara dibangkitkan Dewan Rakyat hari ini
Isu infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sabah dan pendidikan melibatkan Institusi Pengajian Tinggi adalah antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Isu infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sabah dan pendidikan melibatkan Institusi Pengajian Tinggi adalah antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi soal jawab yang bakal diajukan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar mengenai status projek infrastruktur asas luar bandar di negeri itu khususnya projek jalan, bekalan api dan bekalan air.
Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pula mengajukan soalan kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai langkah proaktif pengurusan pentadbiran universiti awam menyediakan jadual kuliah secara dalam talian terutama kepada mahasiswa baharu bagi sesi Oktober lepas dan tindakan strategik bagi memastikan setiap mahasiswa tidak tercicir mengikuti silibus dan jurusan masing-masing.
Seterusnya, Noorita Sual (PH-Tenom) bertanya kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia tentang langkah yang telah dan sedang diambil kementerian untuk meningkatkan tahap sistem komunikasi dan capaian internet khususnya di daerah pedalaman di Sabah.
Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) pula meminta Menteri Kewangan memperincikan jumlah peruntukan, jumlah diluluskan, jumlah pemohon dan jumlah penerima bagi setiap skim, program dan dana di bawah program LAKSANA serta faktor sesetengah skim mendapat sambutan kurang memuaskan.
Persidangan dewan kemudian diteruskan dengan penggulungan perbahasan peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 oleh kementerian-kementerian terlibat.
Setakat semalam, lapan kementerian telah menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan yang bermula pada Isnin.
Antara kementerian yang dijadual menggulung perbahasan hari ini ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis dengan sesi penggulungan Belanjawan 2021 peringkat dasar oleh menteri-menteri berkenaan bermula 9 Nov hingga 26 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#infrastruktur asas
#Institusi Pengajian Tinggi
#Persidangan Dewan Rakyat
#Aturan Urusan Mesyuarat
#sesi soal jawab
#Zakaria Mohd Edris
#Mohd Nizar Zakaria
#pengurusan pentadbiran universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan