MALAYSIA
Isu Jalur Gemilang terbalik: DAP kecam sebarang tekanan terhadap AGC
Loke berkata Tindakan tersebut merupakan cubaan mencampuri urusan pendakwaan dan boleh mempengaruhi keputusan tanpa pertimbangan sewajarnya.
GEORGE TOWN: DAP mengutuk keras tindakan pihak tertentu yang didakwa cuba memberi tekanan secara terbuka kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya mendakwa seorang pekedai di Pulau Pinang yang tersilap memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik di premisnya.
Ringkasan AI
Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, berkata tindakan tersebut merupakan cubaan mencampuri urusan pendakwaan dan boleh mempengaruhi keputusan tanpa pertimbangan sewajarnya.
“Pihak Peguam Negara perlu diberi ruang secara bebas untuk membuat sebarang keputusan tanpa apa-apa tekanan politik,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.
Beliau turut mengecam ugutan pihak berkenaan untuk mengadakan protes di depan kedai tersebut sekiranya pendakwaan tidak dilakukan dalam masa terdekat, sambil menyifatkannya sebagai tindakan buli yang tidak boleh diterima.
“Bukan sahaja tindakan buli di sekolah perlu ditentang, tindakan buli terhadap warga emas juga perlu dibantah sekeras-kerasnya,” tegasnya.
Mengulas lanjut, Loke berkata DAP akan menaja bendera Jalur Gemilang bersaiz gergasi untuk dipasang di kedai tersebut petang ini bagi memastikan ia dipamerkan dengan betul.
“Sekiranya ada pihak cuba mengganggu ketenteraman di kawasan premis itu, ahli-ahli DAP Pulau Pinang akan menyambut mereka dengan mengedarkan 831 helai Jalur Gemilang secara percuma sebagai tanda semangat perpaduan sempena 31 Ogos,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- DAP mengutuk tekanan terhadap Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung desakan supaya mendakwa pekedai warga emas yang tersilap memasang Jalur Gemilang secara terbalik, dan menegaskan pendakwaan mesti bebas daripada pengaruh politik.
- Tindakan ugutan untuk mengadakan protes di hadapan kedai tersebut disifatkan sebagai buli, yang tidak boleh diterima, sama seperti buli terhadap pelajar atau warga emas.
- Sebagai tanda perpaduan, DAP menaja pemasangan Jalur Gemilang bersaiz gergasi di premis tersebut, dan akan mengedarkan 831 helai bendera secara percuma jika ada pihak cuba mengganggu ketenteraman menjelang Hari Kebangsaan.