[TERKINI] Pelajar Perempuan Maut Ditikam di Sekolah Bandar Utama – Suspek Ditahan, Direman Esok | Ikuti Perkembangan di Saluran 501 & Semua Platform AWANI
MALAYSIA

Isu Kampung Sungai Baru: Penjelasan Dr Zaliha berdasar rekod kerajaan, bukan tuduhan peribadi - Ashraf

Astro Awani 14/10/2025 | 00:30 MYT
Mengulas tindakan Annuar yang mahu mengambil tindakan undang-undang atau mencabar Menteri Wilayah ke sesi “podcast”, Ashraf menyifatkan ia sebagai gimik politik semata-mata. - Foto Ashraf Mazlan
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Cabang Setiawangsa, Mohd Ashraf Mazlan menolak keras dakwaan Tan Sri Annuar Musa terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berhubung isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, yang disifatkannya sebagai tidak berasas dan mengelirukan rakyat.


Ringkasan AI
  • Mohd Ashraf Mazlan menegaskan tuduhan terhadap Menteri Wilayah Persekutuan berhubung isu tanah Kampung Sungai Baru adalah tidak berasas dan mengelirukan rakyat.
  • Ashraf mendakwa pewartaan tanah berlaku terlalu pantas semasa Annuar menerajui kementerian, tanpa rundingan menyeluruh bersama pemilik tanah.
  • Ashraf menyokong ketegasan Dr Zaliha dalam membetulkan naratif dan yakin pendekatan telus kerajaan akan memulihkan keyakinan rakyat terhadap dasar pembangunan bandar.


Menurut Ashraf, fakta menunjukkan proses pewartaan tanah Kampung Sungai Baru berlaku dalam tempoh yang terlalu singkat semasa Annuar menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan, yang didakwa tanpa rundingan menyeluruh bersama pemilik tanah.

“Penjelasan yang diberikan oleh Dr Zaliha di Dewan Rakyat adalah berdasarkan rekod rasmi kerajaan dan semakan dokumen Jabatan Tanah dan Galian (WPKL), bukan andaian atau tuduhan peribadi.

“Beliau menzahirkan komitmen untuk menilai semula proses pengambilan tanah tersebut dengan lebih telus dan adil, agar kepentingan rakyat didahulukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas tindakan Annuar yang mahu mengambil tindakan undang-undang atau mencabar Menteri Wilayah ke sesi “podcast”, Ashraf menyifatkan ia sebagai gimik politik semata-mata.

"Tindakan itu dilihat cubaan mengalihkan perhatian daripada persoalan pokok iaitu persoalan tentang tindakan tergesa-gesa dan kekurangan konsultasi awam dalam proses pengambilan tanah semasa beliau menerajui kementerian,” dakwanya lagi.

Sehubungan itu, Asyraf yang juga Ahli Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan menyokong pendekatan Kerajaan Madani yang lebih terbuka dan berpaksikan prinsip tadbir urus baik serta ketelusan.

Beliau juga menyokong sepenuhnya ketegasan dan keberanian Dr Zaliha dalam membetulkan naratif yang telah disalahertikan, dan yakin usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap dasar pembangunan bandar yang lebih adil dan berperikemanusiaan.

Pada 10 Oktober lalu, Annuar yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan menyifatkan kenyataan Dr Zaliha berkaitan pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru dibuat secara tergesa-gesa iaitu dalam tempoh tiga hari sebagai penyelewengan fakta dan fitnah serius.

Justeru, beliau memberi notis dan peluang kepada Dr Zaliha untuk menjelaskan dan mengulangi tuduhan berkenaan secara bersemuka dengannya di luar Parlimen melalui dua pilihan.







#Annuar Musa #Kampung Sungai Baru #Tanah Melayu #Zaliha Mustafa