awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta

Bernama
Bernama
09/11/2023
12:27 MYT
Isu kandungan berkaitan Palestin diturunkan: Fahmi jumpa wakil TikTok, Meta
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil penyedia platform media sosial TikTok dan syarikat konglomerat Meta bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan wakil penyedia platform media sosial TikTok dan syarikat konglomerat Meta bagi membincangkan isu melibatkan kawal selia kandungan.
Fahmi menerusi hantaran Facebooknya memaklumkan antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah isu kandungan berkaitan Palestin yang diturunkan daripada TikTok, kegiatan judi dalam talian dan strategi coordinated inauthentic behaviour (CIB - tingkah laku tidak tulen terselaras) dalam platform itu.
"Dalam perbincangan itu beberapa aduan dan isu utama melibatkan dua platform telah saya bangkitkan dan minta TikTok serta Meta untuk mengambil tindakan segera. TikTok dan Meta beri komitmen untuk beri kerjasama lebih rapat dan erat untuk selesaikan isu-isu yang berbangkit," katanya.
Sebelum ini, Fahmi mendedahkan terdapat bukti dan aduan pengguna bahawa penyedia platform media sosial TikTok secara sistematik menurunkan kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel dari Malaysia.
Susulan itu, beliau mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membuat teguran keras kepada TikTok dan Meta selain mengaturkan pertemuan dengan penyedia platfrom media sosial itu untuk berbincang mengenai isu berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKD
#Fahmi Fadzil
#TikTok
#Meta
#isu kandungan
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan