awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kartel dalam PDRM tidak wujud - KPN

Sinar Harian
Sinar Harian
01/04/2022
10:51 MYT
Isu kartel dalam PDRM tidak wujud - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menafikan terdapat kartel atau campur tangan pihak luar bagi menentukan jawatan tertentu dalam kepimpinan pasukan itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menafikan terdapat kartel atau campur tangan pihak luar bagi menentukan jawatan tertentu dalam kepimpinan pasukan itu.
"Pada pandangan saya, isu kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak wujud kerana sekiranya ia wujud, kita akan lihat sekelompok individu yang berada di depan.
"Tapi, apa yang pastinya penempatan pegawai dan anggota adalah melalui langkah dan tapisan daripada peringkat kontinjen, jabatan pengurusan sebelum kepada saya (Ketua Polis Negara) dan akan dikemukakan ke Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk keputusan akhir," katanya selepas Majlis Apresiasi EAIC Bersama Agensi Penguatkuasaan Seliaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini pada Jumaat.
Menurutnya, tapisan ketat dibuat dan agak sukar untuk melihat berlakunya seperti yang dikatakan kartel.
Acryl Sani berkata, beliau tidak melihat perkara itu dan sekiranya ada campur tangan luar akan mengakibatkan susunan pegawai kanan menjadi tidak teratur.
"Perkara ini tidak berlaku seperti mana yang digambarkan," katanya.
28 Februari lalu, Barisan Pesuruhjaya EAIC sebulat suara mendapati bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah hilang haknya untuk membuat sebarang komen berkenaan isu kartel ini kerana dalam rakaman percakapan dengan EAIC, beliau gagal mengemukakan sebarang bukti bagi mengukuhkan dakwaan itu.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#kartel
#PDRM
#Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan