awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kartel PDRM: Beberapa individu dipanggil beri keterangan - Hamzah

Bernama
Bernama
25/11/2021
13:32 MYT
Isu kartel PDRM: Beberapa individu dipanggil beri keterangan - Hamzah
Hamzah berkata siasatan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati isu berkenaan tidak pernah wujud. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa individu telah dipanggil bagi memberikan kenyataan susulan isu kartel yang dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata siasatan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati isu berkenaan tidak pernah wujud.
"Siasatan dalaman PDRM mendapati tiada isu namun saya tidak berpuas hati, saya menyuruh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan untuk meneruskan siasatan.
"Saya difahamkan beberapa orang dipanggil untuk memberikan kenyataan yang tertentu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis perjumpaan Menteri Dalam Negeri bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian di ibu negara hari ini.
Hamzah berkata beliau akan berkongsi keputusan isu kartel PDRM ini selepas siasatan selesai dijalankan.
Sebelum ini dilaporkan, Hamzah mengesahkan tidak wujud gerakan kartel dalam pasukan PDRM ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat.
Abdul Hamid pada sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara April lepas menyatakan wujudnya kartel dalam pasukan keselamatan itu, selain cubaan untuk menjatuhkan beliau kerana lantang mendedahkan salah laku, integriti dan rasuah, dalam kalangan pegawai dan anggota pasukan itu.
Sementara itu, Hamzah berkata kementeriannya hampir mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) 100 hari pertama melalui tiga cara.
"Mereka (orang awam) boleh membuat laporan terus di Pasukan Gerakan Am kerana sudah jadi seperti balai polis dan laporan terbabit akan terus diberi kepada balai polis tertentu.
"Sistem Pengesahan Data Integrasi Kematian (SPDIM) sistem perkongsian pintar antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memudahkan proses pengesahan kematian tanpa perlu menunggu lama seperti kaedah yang terdahulu," katanya.
Hamzah berkata Visa Elektronik (eVisa) diberikan kepada 35 negara mulai hari ini daripada 10 negara sebelum ini bagi memudahkan rakyat Malaysia menjana ekonomi serta orang luar melawat negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kartel PDRM
#Ketua Polis Negara
#Hamzah Zainudin
#Hamid Bador
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan