awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kartel PDRM: Masih terlalu awal tubuh RCI

Bernama
Bernama
25/03/2021
21:02 MYT
Isu kartel PDRM: Masih terlalu awal tubuh RCI
Ismail Mohamed Said ditemui selepas Program Malaysia Prihatin KDN di Masjid Kampung Temin. - Bernama
JERANTUT: Masih terlalu awal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.
Beliau berkata semuanya masih terkawal dan setakat ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima senarai individu yang didakwa terlibat dalam kegiatan itu.
"Angka (individu terlibat) pun kita tidak tahu lagi... masih terlalu awal untuk RCI.
"Jika ada dakwaan itu dan ada asasnya boleh dibawa ke Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dahulu, dan sekiranya melibatkan pegawai rendah polis boleh dibawa dalam Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)," katanya ketika ditemui selepas Program Malaysia Prihatin KDN di Masjid Kampung Temin, di sini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan yang mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mendakwa wujud kartel dalam PDRM.
Selasa lepas Abdul Hamid dilaporkan berkata pihaknya telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kartel yang cuba menjatuhkannya.
Tanpa mendedahkan nama mereka yang terlibat, Abdul Hamid berkata isu berkenaan masih terkawal dan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tidak dapat 'bergerak' ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#PDRM
#Kementerian Dalam Negeri
#integriti
#siasatan
#kartel
#Suruhanjaya Siasatan Diraja
#RCI
#KDN
#Ketua Polis Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan