awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2023
00:30 MYT
Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Radzi Jidin meminta Perdana Menteri, menyatakan kesan kejatuan nilai ringgit kepada proses pemilihan ekonomi negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan mesyuarat, pertanyaan itu akan dikemukakan ketika sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQ).
Dalam sesi itu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dijangka meminta Perdana Menteri menyatakan apa tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah, bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memadam Pulau Pinang agar boleh dikembalikan kepada Kedah.
Guan Eng mendakwa tindakan itu telah memecah-belahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk negeri Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan dalam negara.
Selain itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin meminta Perdana Menteri, menyatakan kesan kejatuan nilai ringgit kepada proses pemilihan ekonomi negara.
Beliau juga mahu Perdana Menteri menjelaskan apakah pendekatan yang akan digunakan untuk mengukuhkan nilai ringgit.
Sementara itu, perihal Rumah Projek Perumahan Rakyat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut dibangkitkan.
Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun bertanya sama ada kerajaan sedar syarat permohonan menyewa rumah berkenaan terlalu ketat.
Ini menyebabkan pemohon bujang yang terpaksa menanggung ibu bapa dan adik beradik OKU atau sakit dan isteri bukan warganegara tetapi ada anak-anak bertaraf warganegara, tidak layak memohon.
Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen ke-15 (2023) ini akan berlangsung sehingga 15 Jun depan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kejatuhan ringgit
#pulau pinang
#DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan